Pejam celik, pejam celik, terasa sungguh pantas masa berlalu pergi meninggalkan kita. Hari ini juga, genap 10 hari arwah Siti Sarah Raissudin meninggal dunia akibat virus Covid-19. Namun, beberapa jam yang lalu akaun Instagram milik Allahyarham Siti Sarah yang mempunyai lebih 2.8 juta pengikut dilihat berkongsi video masakan terakhir hasil air tangan arwah iaitu sambal Jawa yang mana cukup popular dikalangan peminat Sarah. Melalui kapsyen di video berdurasi 2 minit 22 saat itu, akaun terbabit kini dikendalikan oleh ahli keluarga Allahyarham. Difahamkan, akaun Instagram Sarah akan terus aktif untuk berkongsi segala perkembangan terkini empat anak arwah serta menjadi ruang promosi perniagaan yang diusahakan arwah sebelum ini.
|
wnwa05 replied at 19-8-2021 12:21 PM
Banyaknya bahan. Sedap ke sambal ni... Tak pernah try lg
wnwa05: Banyaknya bahan. Sedap ke sambal ni... Tak pernah try lg
mh17 replied at 19-8-2021 01:00 PM
Sdp tp brg2 dlm tu dpends pd uols juga,ape yg nak letak
RatuDunia94 replied at 19-8-2021 01:30 PM
Kat johor kalau ada kenduri wajib ada sambal goreng ni.. dia ada dua. Satu lg yg letak kicap.
wnwa05 replied at 19-8-2021 02:02 PM
jap..memang panggil sambal ke sebab macam sayur campur pulak..pedas ke?
wnwa05 replied at 19-8-2021 02:02 PM
jap..memang panggil sambal ke sebab macam sayur campur pulak..pedas ke?
jajahoney replied at 19-8-2021 04:34 PM
ooo arwah pun keturunan jawa ek.. ingat soeb je
Sagun36 replied at 19-8-2021 03:10 PM
Makan dengan nasi panas2..pergh...tak pandang kiri kanan
Suchi replied at 19-8-2021 04:43 PM
Arwah bukan org jawa, ayah dia perak mak dia orang terengganu.
Belah soeb la kot jawa ke banjar t ...
ADVERTISEMENT