Sempena menyambut ulang tahun kelahiran anak tunggalnya, Jebat Jayden yang ketiga pada 30 Ogos ini, rata-rata peminat mencadangkan pelakon Sharnaaz Ahmad menghadiahkan ibu baru buat anaknya itu.
Terdahulu, Sharnaaz menerusi hantaran di Instagram meminta pertolongan kepada pengikutnya untuk memberi cadangan apakah hadiah terbaik yang patut diberikan kepada anaknya mengikut kriteria yang disukai. "Aku perlukan bantuan. Hadiah apa nak beli kat budak bertuah ni untuk hari jadi dia. Antara kesukaan dia adalah menari, menyanyi, kentang goreng, ayam bakar, Spider-Man, obses dengan bulan, biskut, main air berjam-jam dan perempuan cantik (ikut baba). "Selain dari bagi mak baru, tolong bagi idea geng. Dah dekat 30 Ogos ni. Pertolongan anda boleh membantu ibu bapa yang macam aku yang hilang idea nak beli apa," tulisnya.
|
ADVERTISEMENT