Pelik bercampur marah, itulah perasaan personaliti media sosial Coki apabila beberapa kali menerima penghantaran makanan daripada pesanan palsu yang dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab.
Menurut Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel, 16, individu itu membuat pesanan palsu menerusi aplikasi penghantaran makanan ke rumah di Kedah dengan terma yang memerlukan bayaran selepas penghantaran atau cash on delivery (COD). Meskipun bengang dengan perkara itu, Coki berkata dia tetap membayar kos makanan tersebut kerana enggan menyusahkan penghantar makanan dan pemilik restoran. "Sejak Isnin lalu saya menerima tempahan makanan menggunakan nama dan alamat saya... hari itu sahaja tiga kali rider hantar makanan di rumah! Padahal saya tak order pun tapi terpaksa bayar tempahan yang banyak itu.
"Saya bukan mempersoalkan mengenai bayaran makanan yang dihantar tetapi bengang dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu berkenaan kerana ia boleh menyusahkan banyak pihak. "Kalau sekali tak apa, ini berkali-kali dia buat pesanan palsu! Saya pun hairan macam mana mereka boleh tahu alamat lengkap rumah saya di kampung, siap nombor telefon dan sebagainya," katanya kepada mStar.
|
Belibis: Ingatkan wan kamarudin ntv7 ..'apa kejadah ini semua'...
ADVERTISEMENT