Tiba-tiba sahaja Mawar Rashid dapat mesej dariapda seorang wanita tak dikenali. Wanita itu katanya dia pernah cemburu dengan Mawar sebab suaminya kerap sangat memuji pelakon tersebut.
"Saya nak mohon maaf atas kelakuan saya pada Mawar. Saya pernah kata bukan-bukan pada Mawar sebab suami saya suka puji awak. Jadi saya cemburu. Saya pun cakap bukan-bukan tentang Mawar. "Maafkan kelakuan saya Mawar sebab pernah buat dosa pada awak. Saat itu saya sangat bodoh sampai sanggup kata bukan-bukan pada Mawar. Saya hanya mampu doa segala urusan Mawar dipermudahkan dunia dan akhirat. Saya bodoh, saya lupa Allah,"tulis wanita itu.
Tambahnya dia cemburu dengan isteri Raf Yaakob itu kerana sudah berhijab dan pandai mengaji. "Mawar dah berhijab dan pandai mengaji. Sedangkan saya tak berhijab lagi dan mengaji pun tak pandai. Solat jauh sekali. "Saya malu pada Allah tapi kenapa saya berat nak lakukan perkara yang disuruh. Semoga di syurga tertulis nama Mawar dan suami serta keluarga. Maafkan saya Mawar."
|
ADVERTISEMENT