CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Kaki Dipotong Angkara Tikus

19-8-2021 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2010| Komen: 8

Angkara digigit tikus ketika sedang tidur, seorang wanita yang menghidap kencing manis terpaksa dipotong kedua-dua belah kaki hingga paras betis.

Mengimbas detik mengerikan itu, Sharifah Hamat, 52, berkata, pada awalnya tiga jari kaki sebelah kiri digigit haiwan terbabit, namun ketika anaknya mahu memotong kuku kakinya dua hari kemudian dia mendapati jarinya sudah tidak sempurna.


Katanya, dia sudah beberapa tahun mengalami penyakit saraf menyebabkan tidak dapat merasa kakinya sehingga tidak sedar bahawa jari sudah digigit , tambahan pula matanya yang sudah kabur, juga akibat komplikasi diabetis.



"Lebih memeritkan, beberapa hari kemudian, jari kaki sebelah kanan pula digigit tikus ketika saya sedang tidur dan disedari seorang anak yang melihat darah yang banyak ketika bangun untuk solat Subuh.

"Dua bulan selepas kejadian itu, saya terpaksa menerima saranan doktor yang kedua-dua belah kaki yang bertukar menjadi kebiruan hingga menyakitkan seluruh badan terpaksa dipotong.


"Ketika pembedahan memotong kedua-dua kaki di Hospital Tanah Merah pada 15 Julai lalu, doktor yang merawat mengakui jarang sekali berlaku kejadian sebegini kerana kaki yang digigit tikus, namun ia menjadi semakin teruk susulan penyakit yang saya hidapi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gelung Gajah, di sini, hari ini.

Sharifah berkata, mereka sekeluarga sangat mementingkan kebersihan malah biliknya tidak dipenuhi perabot selain memiliki ruang yang luas, tetapi menyedari kehadiran tikus yang banyak susulan kediaman berdekatan dengan kawasan semak.

"Malah ketika kejadian saya tidur di atas katil, namun tidak sedar serta 'merasa' kehadiran tikus susulan penyakit saraf yang dialami. Saya reda dengan takdir ini yang menyebabkan saya kehilangan kedua-dua tetapi ingin menasihatkan mereka yang berpenyakit seperti saya untuk berjaga-jaga dengan haiwan seperti tikus.

"Sekarang saya masih dalam proses membiasakan diri tanpa kedua-dua belah kaki. Ia agak sukar buat saya, namun saya percaya dengan semangat dan sokongan daripada anak-anak, saya mampu menempuhi dugaan ini.

"Mungkin ramai yang terkejut mendengar kisah saya yang kehilangan kaki hanya kerana tikus, tetapi ia terjadi jika kita tidak peka dengan keadaan sekeliling justeru saya mahu apa yang terjadi ini sebagai pengajaran buat orang lain untuk turut menjaga kesihatan diri," katanya.

Sharifah turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Yayasan Raja Shamri (YRS) Tuan Zaimah Raja Omar yang tampil membantu terutama dalam memudahkan urusan mendapatkan kaki palsu yang menjadi harapan besar buatnya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 19-8-2021 02:55 PM
takziah dengan apa yang terjadi
Quote Thunderclouds 19-8-2021 03:47 PM
Waktu study dlu time demam p la klinik in house. Free kn. Smbil2 tggu turn tu sembang ngn budak seblah. Dia habaq nk cucuk rabies. Kaki kna gigit tikus. Dia angkat & tunjuk. Keliling2kaki yg bahagian kulit kasar keras tu mmg mcm kna siat2. Tikus mkn waktu dia tdoq. Mmg xsedaq lgsg. Dlu igt rabies ni kalo kna gigit anjing ja. Rupanya sembang ngn budak tu br tau mana2 haiwan liar bwk risiko rabies. Takziah kt makcik ni. Bahaya tikus ni bukan saja takat gigit org,dia tarik ular dtg btandang sama.
Quote mclaren 19-8-2021 03:59 PM
Thunderclouds: Waktu study dlu time demam p la klinik in house. Free kn. Smbil2 tggu turn tu sembang ngn budak seblah. Dia habaq nk cucuk rabies. Kaki kna gigit tiku ...


Alamak ngilu rasa imagining rupa kaki budak tu. Bahaya betul tikus ni. Bukan saje boleh jangkitkan leptospirosis dan sebarkan penyakit kalau cemarkan foods, boleh kena rabies jugak ye. Squirrels dan rabbits pun adik beradik rodents juga kan? Also ada risiko kena rabies ke if kena gigit rabbit?
Quote imanjannah 19-8-2021 04:10 PM
kesiannya makcik ni
Quote whimsicalmusic 19-8-2021 08:56 PM
Kesian makcik ni tp she seems very positive..semoga dipermudahkan urusan makcik n anak2 amin
Quote 266799eMkaY 19-8-2021 09:53 PM
Innalillah wa inna illaihi rojiun.
Takziah macik. Kesian macik...
Quote cucuq 19-8-2021 09:55 PM
Muda lagi makcik ni..moga dimudahkn urusan ye mak cik
Quote I.K.A888990 20-8-2021 12:11 AM
Ya Allah sedih dgr.
mak cik stay strong jgn putus asa

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.031040 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top