Tak habis lagi kisah saman Siti Nordiana,kali ini ia disifatkan sebagai satu bentuk ancaman dan ugutan undang-undang. Kata Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili dua defendan iaitu Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Razidah Ahmad Senusi atau Aida G,segala dakwaan yang dibuat menerusi saman yang dikemukakan Nana adalah tidak tepat.
"Kedua-dua anak guam menafikan segala dakwaan yang dikemukakan oleh pihak plaintif. Dakwaan yang diperihalkan oleh pihak plaintif adalah tidak tepat. "Anak guam berpendapat bahawa semua dakwaan yang telah dinyatakan adalah palsu dan percaya bahawa saman ini adalah satu bentuk ancaman dan ugutan undang-undang ke atas mereka," katanya seperti dipetik melalui mStar.
Tambah Hafidzah, anak guamnya tak buat sebarang kenyataan atau percakapan dengan niat jahat. "Anak-anak guam menyangkal dakwaan yang mereka memfitnah plaintif dan pihak plaintif tidak berhak menuntut sebarang pampasan atau ganti rugi ke atas mereka." Sementara itu Tiga lagi defendan iaitu penyanyi Syura Badron, Lan Solo serta isterinya Sheila Hassim diwakili peguam Alan Razak dan Muhammad Hafiz Hood. Sebelum ini dilaporkan, kedua-dua pihak peguan akan berbincang untuk mengadakan mediasi di luar mahkamah. -CARI |
ADVERTISEMENT