Isnin lalu, negara dikejutkan dengan berita peletakan jawatan Tan Sri Mahiaddin Yasin sebagai Perdana Menteri serta seluruh Jemaah Menteri. Berita peletakan jawatan itu mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa.
Namun, gelagat wartawan TV3 yang sanggup meredah hujan untuk membuat laporan mengundang pelbagai reaksi netizen. Menerusi rakaman berkenaan, Juliana Sharin bersama jurukameranya membuat liputan di luar kediaman bekas perdana menteri itu sambil memegang payung kerana hujan lebat.
|
ADVERTISEMENT