Tular di media sosial apabila pengarah terkenal tanah air Shahrulezad kelihatan bosan melihat drama politik yang diuar-uarkan terutamanya berkaitan pemilihan calon Perdana Menteri.
Sementara ramai yang mengutuk calon Perdana Menteri sehingga terbentuknya perspektif negatif dikalangan rakyat, pengarah ini yang lebih dikenali sebagai Budak Ijat berkata, dia tidak peduli siapa pun yang bakal menjadi Perdana Menteri kesembilan. Budak Ijat juga mempertikaikan motif persepsi negatif terhadap calon Perdana Menteri diuar-uarkan, sedangkan ia tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat dan negara. Shahrulezad menyatakan rakyat kini hanya mampu berserah kepada ketentuan Allah dan berdoa agar dilindungi dari pemimpin yang zalim dan gila kuasa. Sumber: Murai
|
September14 replied at 19-8-2021 05:15 PM
X yah la buat benang pasal dia ni
Hidung dia je nanti yg pemes
Jemahjemah1988 replied at 19-8-2021 08:46 PM
Sama lah x kisah siapa2 pun jadi PM janji elok2 sikit jadi PM tu.. Rakyat dah penat ni.. Sop sop sop ...
ADVERTISEMENT