CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Banyak Sektor Buka Bukan Sebab Selamat, Tapi…" - DG Hisham

19-8-2021 09:27 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6631| Komen: 50|Original author: Oleh: Cari-Azza




Berikutan pembukaan kembali 11 sektor ekonomi bermula 16 Ogos baru-baru ini dan esok dibenarkan makan di kedai, ramai menganggap ianya satu petanda pandemik Covid-19 ini bakal berakhir.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah menegaskan ianya bukan sebegitu. Sektor ekonomi dibuka kerana permintaan dalam industri dan bukannya kerana ia selamat.

Hisham menulis di Twitter bagi memberi peringatan kepada rakyat Malaysia.


Foto :Twitter

Menurutnya lagi, SOP ketat haruslah dilakukan seperti memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial, kerap membasuh tangan serta mengelakkan tempat sesak.


Netizen turut memberikan pelbagai pendapat, tetapi rata-rata menyatakan adalah tidak selamat untuk makan di luar di saat kes harian masih pada angka 20 ribu sehari.


Foto : Twitter
Foto : Malay Mail


Antara sektor yang terlibat ialah khidmat cuci kereta, kedai elektrik dan elektronik, kedai barangan rumah dan peralatan dapur, kedai perabot, kedai peralatan sukan, kedai aksesori kereta, pusat pengedaran dan jualan kereta, asar pagi dan pasar tani sahaja, kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas dan kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja).

Semoga kita membuat pertimbangan bijak. - CARI


1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zamzam 19-8-2021 09:40 PM
Oklah hidupkan balik ekonomi rakyat. Saper yg tak bersedia then jgn keluar.
Quote edayildiz 19-8-2021 09:48 PM
xready lg nk keluar skrg..bln dpn blh try mkn kt luar..lama xmkn korean food..tp asal jiwa i dah tenang..keluar berita org sekian2 meninggal..
smlm dh positive ckp xde pape..sekali bgb tdo baca psl arwah wani..takut
Quote gigahertz 19-8-2021 09:54 PM
edayildiz: xready lg nk keluar skrg..bln dpn blh try mkn kt luar..lama xmkn korean food..tp asal jiwa i dah tenang..keluar berita org sekian2 meninggal..smlm d ...

skrg kalau u kena covid. stage 5 . terus kasi tido.

Quote nw111 19-8-2021 09:56 PM
edayildiz replied at 19-8-2021 09:48 PM
xready lg nk keluar skrg..bln dpn blh try mkn kt luar..lama xmkn korean food..tp asal jiwa i dah ten ...

Sape arwah wani tu
Quote edayildiz 19-8-2021 09:59 PM
nw111 replied at 19-8-2021 09:56 PM
Sape arwah wani tu

adik yg comel tu..kt bodgos ada thread dia..bff pun meninggal sekali beza beberapa jam jer dorg.
Quote slavehunter 19-8-2021 10:12 PM
Bravo. Vaccinated people can start to learn Dancing in the Rain.
Quote grouper 19-8-2021 10:17 PM
Mana bahaya lagi mkn kat kedai ke masuk supermarket beli barang, atau market, atau kerja kat kilang lebih 8 jam...
Quote sarah82 19-8-2021 10:21 PM
Mujur la aku x kisah makan kat mana.
Quote mclaren 19-8-2021 10:26 PM
grouper replied at 19-8-2021 10:17 PM
Mana bahaya lagi mkn kat kedai ke masuk supermarket beli barang, atau market, atau kerja kat kilang  ...

Kerja kat kilang lebih 8 jam. Then makan (sebab virus airborne if nasib tak baik masa tengah makan tak pakai mask terjangkit. Nasib baik, selamat). Masuk supermarket kalau jaga SOP ketat, pakai double masks dan sanitize tangan, balik mandi etc etc inshaallah selamat.
Quote TeropongThaico 19-8-2021 10:27 PM
Ok la dari kurung xde perubahan baik buka. At least dpt gak cari rezeki. Ekonomi pun blh le Jana balik. Nak harap bantuan pun bukan semua org dapat.

Cuma harapkan sama2 le kita beringat utk diri & keluarga kita juga. Kalau dok abai menyesal nnt xde guna dah
Quote prettyuglybabe 19-8-2021 10:35 PM
makan kat kedai ni senang bagi orang yang kerja kena travel or orang bujang..
so sapa yang kerja kat rumah tu, nak carry on tapau, tapau je la..
sapa nak makan kat kedai, pandai la dorang jaga keselamatan..
apa pun, i rasa patut diberikan kebenaran untuk semua sektor yang staff dah vaksin boleh beroperasi macam biasa..
sampai bila nak suruh pekerja pejabat wfh..
Quote kemaruk 19-8-2021 10:37 PM
alasan bodoh

kalau nak selamatkan ekonomi, baik jangan tutup dari dulu lagi

dah cecak 22k tetiba nak bukak

bak kata omputeh defeat the purpose gitu la lebih kurang bangkem tak pernah belajar kat london
Quote gorjeous 19-8-2021 10:40 PM
Kita jaga kita...
Quote brego 20-8-2021 01:14 AM
Edited by brego at 20-8-2021 01:36 AM

chill la bobo.. takyah takut kan orang yang sedia takut  


[youtube]r_EeTvjRRL8[/youtube]

[youtube]paR9ckjl51A[/youtube]
Quote dess402 20-8-2021 01:20 AM
Takpelah ..  besok bila kes terus mencanak naik , makin ramai mati , kita tutup balik .

Quote edayildiz 20-8-2021 02:04 AM
gigahertz replied at 19-8-2021 09:54 PM
skrg kalau u kena covid. stage 5 . terus kasi tido.

mitak jauh..sbb psl tdo tu la dk trauma..mlm2 nk tdo pun takut
Quote ina_na 20-8-2021 02:46 AM
Aku terfkr mungkin nk uji keberkesanan vaksin kot.. tp tah la... Aku x kn vaksin lg..daftar dah..baju pun dah standby tuk vaksin..
Quote stingerlympics 20-8-2021 03:01 AM
kemaruk replied at 19-8-2021 10:37 PM
alasan bodoh

kalau nak selamatkan ekonomi, baik jangan tutup dari dulu lagi

dulu yg kau maksudkhen, vaksin belum extensively rolled out(bulu baru nak tumbuh modusnya)....tapi sekarang sudah up to 50%  penduduk yg dah kena cucuk(1st and 2nd dose)vaksin...kalau nak try out herd immunity tahap berskala...bila lagi kalau semua masih tutup?..DG apa yg dia tahu?....kata anak jiran aku yg 3 tahun iteww....

Kepakaran serta nasihat DG hanya diterima dan being executed into action plan hanya bila nak tutup parlimen...selebihnya...he was made to keep his advice to himself...while the leaders  decided for the country...sambung anak jiran aku lagi...

kahkahkahkahkah
Quote stingerlympics 20-8-2021 03:09 AM
ina_na replied at 20-8-2021 02:46 AM
Aku terfkr mungkin nk uji keberkesanan vaksin kot.. tp tah la... Aku x kn vaksin lg..daftar dah..baj ...


[youtube]2efY9OADzek[/youtube]

siap dah ready outfit utk dipakai tika vaksin kau kheunz?

tak payah nak sinsing lengan busana waktu dicucuk...

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.057693 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top