PETALING JAYA: Zaman sekarang ini, masih adakah nasi bungkus yang boleh dibeli dengan harga bawah RM10 contohnya jika letak campuran lauk seperti ayam goreng, ikan dan daging? Mungkin masih ada tapi sedikit sukar untuk dicari, namun melalui satu perkongsian yang tular di aplikasi TikTok memaparkan harga tersebut masih masuk akal dan ianya masih wujud di negeri Kelantan. Bayangkan seorang pelanggan mengambil pesanan nasi Kerabu dengan pelbagai campuran lauk seperti ayam madu, daging salai, ikan goreng, telur masin, lada solok, jeruk bawang serta nasi dengan harga keseluruhan hanya RM9.90 sahaja. Memetik Gulapop, video tersebut kemudiannya tular di Twitter seterusnya menjadi perdebatan di antara netizen tentang perbezaan harga yang ketara bagi hidangan itu di negeri Kelantan dan Terengganu.
" The reason why aku suka kelantan. Lauk macam ni rm9.90. Kalau terengganu ni dah lebih rm10 " tulis seorang pengguna Twitter. Melalui perkongsian tersebut juga ada yang menyatakan harga makan di Terengganu cukup mahal mengalahkan harga makanan di Kuala Lumpur. Tapi perkara tersebut mendapat tentangan dari warga Terengganu sendiri yang menyatakan hanya segelintir tempat saja hadir dengan harga yang agak mahal. Perbalahan "manja" tersebut berlarutan dengan pelbagai lagi kenyataan balas. Lucu pun ada baca, yang tak faham pun ada. Apapun jika berlaku sedikit perbezaan harga itu adalah perkara biasa, yang penting harganya masih masuk akal dan kita sebagai pengguna perlulah bijak memilih. Betul tak?. - CARI |
TomyamPuteh replied at 20-8-2021 07:38 AM
Gelang tangan dakap perut ulaq dia besaq.
ADVERTISEMENT