Seorang lelaki mendakwa sebahagian daripada hidungnya 'jatuh' akibat kegagalan dalam rawatan suntikan bibir. Thiago Delgado, 35, berjumpa doktor gigi di Angra dos Reis, Costa Verde do Rio di Brazil, tetapi mendakwa pengamal perubatan itu kelihatan gemuruh sebelum menyuntik bibirnya.
Menurut Thiago, doktor itu menggunakan asid hyaluronik untuk disuntik pada bahagian bibir atasnya. Dia berasa sakit ketika disuntik, namun kesakitan bertambah teruk apabila doktor tersebut mengurut bibirnya. Setelah pulang dengan ubat-ubatan, Thiago memberitahu dia mengalami kesakitan yang tidak tertahan dan memanggil doktor gigi keesokan hari.
Dia mendakwa doktor tersebut memberitahu bahawa terdapat komplikasi semasa rawatan dilakukan. Setelah beberapa hari, Thiago menyedari hidungnya kelihatan aneh dan berjumpa doktor kulit untuk pemeriksaan. Lelaki berusia 35 tahun itu terkejut apabila diberitahu bahagian hidungnya mereput kerana kekurangan bekalan darah. Pasukan perubatan dapat memulihkan sebahagian bibir Thiago menerusi rawatan, tetapi masih berasa sakit. "Wajahku tidak akan kembali seperti dulu," katanya Thiago terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk melakukan pembedahan agar wajahnya kembali seperti sediakala. -CARI Sumber: Mirror/ mStar Online
|
noor2 replied at 20-8-2021 10:00 AM
Knp jumpa doktor gigi?....
fefeeling replied at 21-8-2021 12:36 PM
Dulu zaman skolah ada kawan2 rekemen pakai sabun betik pejadah entah warna oren pakai basuh muka unt ...
shernazz replied at 21-8-2021 01:09 PM
Haah
Skola iols punh
Depa panggil sabun papaya
fefeeling replied at 21-8-2021 01:21 PM
Yeszaa papaya soap! Siap share beli pastu potong bahagi 2-3 dgn membe2 kelas hahahah! Perit mengen ...
ADVERTISEMENT