Cinta memang tidak mengenal usia dan buktinya Akmal Yusof, 22 memilih bekas gurunya, Suzana Isa yang berusia 47 tahun sebagai pasangan hidup. Akmal yang menetap di Taman Medan Indah di sini berkata, dia dan Suzana selamat diijabkabulkan pada akhir November lalu di Pejabat Agama Kota Tinggi.
Berkongsi kisah perkenalan mereka, Akmal yang juga seorang pengurus dan pengasas sebuah kafe berkata, Suzana mengajar mata pelajaran Sains Sukan ketika dia di Tingkatan Lima dam ketika itu hubungan mereka tidak lebih daripada seorang guru dan pelajar. "Isteri adalah guru kegemaran saya ketika di sekolah dan dia disayangi pelajar kerana sikapnya yang mesra. Itu membuatkan saya sukakannya tetapi tidak sampai ke tahap ada perasaan cinta.
"Tamat persekolahan, saya terputus hubungan dengan beliau selama beberapa bulan tetapi berhubung semula selepas itu atas dasar kerja urusan perniagaan yang dijalankan bersama," katanya ketika dihubungi. Lama kelamaan kata Akmal, timbul rasa cinta antara mereka berdua sehingga menjalin hubungan lebih serius. "Februari tahun lalu, saya mulakan langkah pertama dengan menghadiahkan cincin ketika ulang tahun kelahirannya. "Saya beranikan diri luahkan perasaan dan tak sangka, dia terima jadi kami sepakat menghalalkan hubungan dengan berumah tangga. "Alhamdulillah, keluarga kedua-dua pihak menyambut baik hasrat kami untuk berkahwin walaupun jurang umur yang jauh antara kami," katanya. Bercerita lanjut, Akmal berkata dia tertarik dengan Suzana kerana isterinya itu seorang yang penyayang dan mengambil berat tentang dirinya. "Sebelum berkahwin hingga kini, isteri tetap sama iaitu sentiasa ambil berat mengenai saya. Itu yang menguatkan lagi cinta dan keserasian antara kami. "Saya bersyukur dijodohkan dengan wanita sepertinya malah tidak anggap umur sebagai penghalang sebaliknya percaya ajal maut dan jodoh pertemuan sudah diatur sebaiknya oleh Allah SWT," katanya. Sementara itu, Suzana mengakui keluarga pada mulanya agak ragu ketika dia menyuarakan hasrat berkahwin dengan Akmal yang juga bekas anak muridnya. Bagaimanapun Suzana berkata, dia cuba yakinkan keluarga yang akhirnya menerima pilihannya malah menganggapnya sebagai takdir. "Mulanya rasa janggal juga kerana saya lebih berusia daripadanya (suami) jadi tahap kematangan kami tentunya berbeza. "Namun saya cuba tetapkan dalam minda setiap hari yang dia (Akmal) adalah suami dan saya pula isteri jadi perlu belajar mengawal ego. "Jika ada masalah, kami akan cuba berbincang dan saya terpikat dengan suami kerana dia pandai mengambil hati, bijak memujuk jika saya merajuk serta suka beralah," katanya yang masih bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di sini. -CARI Sumber: Harian Metro
|
KIM.K replied at 20-8-2021 10:16 AM
Andartu ke makjan
Dovahkiin replied at 20-8-2021 10:20 AM
1. Kalau kes yg sama, tapi guru tu lelaki, akan dicop pedofil seumur hidup. Yg ni laennn?
2. B ...
Dovahkiin replied at 20-8-2021 10:20 AM
1. Kalau kes yg sama, tapi guru tu lelaki, akan dicop pedofil seumur hidup. Yg ni laennn?
2. B ...
ADVERTISEMENT