Memang seronok jika dapat menayang kemewahan di media sosial lebih-lebih lagi apabila ada pula yang teruja dan memuja. Budaya itu bukanlah sesuatu baharu dalam kalangan mereka yang berduit terutama bagi kelompok selebriti dan influencer media sosial.
Namun bagi YouTuber popular Syahmi Sazli, 26, dia beranggapan amalan menayang kekayaan atau 'flex' hanya akan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengikut atau follower media sosial. "Bagi saya, kita sebagai manusia biasa mesti la ada rasa nak tunjuk kejayaan atas usaha selama ni. "Saya rasa tak ada masalah pun kalau sesekali nak tunjuk, mungkin dua kali setahun ke.
"Tapi kalau setiap content tu nak tunjuk harta je, nak tunjuk kemewahan je... itu tak elok la," katanya ketika dihubungi mStar. Tambah Syahmi yang terkenal dengan kandungan Drama Spontan di saluran YouTube, sama ada influencer atau selebriti mereka seharusnya lebih bertanggungjawab dalam berkongsi foto atau video di platform masing-masing. Ujarnya, jika tersilap langkah ia akan menggores hati para pengikut yang selama ini menyokong hasil usaha mereka.
|
cmf_premierleag replied at 20-8-2021 10:42 AM
dik,akak bukannya apa ye..bukan nk face shaming ko
tp kalo rupa mcm tu, mmg elok la ko x yah flex. ...
nakkomenjugak replied at 20-8-2021 11:00 AM
hahahahah kejam sungguh komen uol!
cmf_premierleag replied at 20-8-2021 10:42 AM
dik,akak bukannya apa ye..bukan nk face shaming ko
tp kalo rupa mcm tu, mmg elok la ko x yah flex. ...
cmf_premierleag replied at 20-8-2021 10:42 AM
dik,akak bukannya apa ye..bukan nk face shaming ko
tp kalo rupa mcm tu, mmg elok la ko x yah flex. ...
Raline replied at 20-8-2021 11:14 AM
CAKAP TAK SERUPA BIKIN.
ADVERTISEMENT