CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Eksperimen Konon, Tak Pasal-Pasal Doktor Kena Keluarkan Kacang Dari Zakar

21-8-2021 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2599| Komen: 16

Lelaki di Michigan, Amerika Syarikat menjalani pembedahan kecemasan apabila perbuatannya menyumbat enam biji kacang ginjal ke dalam zakar mengundang padah, lapor akhbar Daily Star.

Lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai menyumbat kacang sebagai eksperimen ‘gila-gila’ dan berniat mahu mengeluarkannya kemudian.


Menurut doktor Hospital Sparrow yang mengetuai pembedahan mengeluarkan kacang ginjal itu, Margeaux Dennis, mangsa pernah melakukan perkara serupa sebelum ini tetapi kacang itu berjaya dikeluarkan.


Lima daripada enam biji kacang ginjal yang berjaya dikeluarkan daripada zakar seorang lelaki berusia 30 tahun. - Chris Murphy

“Masalah timbul kali ini kerana dia menambah jumlah kacang dan membuatkan ia tersekat dalam saluran kencingnya.

“Dia cuba menarik kacang itu keluar menggunakan penyepit tetapi tidak berjaya. Mangsa akhirnya datang ke hospital dan meminta bantuan pakar,” kata Dennis.


Keenam-enam biji kacang itu akhirnya berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan sistoskopi dan uretra pembuangan bendasing dalam badan.

Dennis turut memberitahu tiada kecederaan lain ditemui pada zakar mangsa akibat tindakan tidak bertanggungjawab itu.


Sumber: Kosmo!
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 21-8-2021 12:55 PM
Hahaha
Agaknya dia ingat boleh kuarkan masa kencing tunkot..
Quote Supersirap 21-8-2021 01:13 PM
Apakah tujuan utama untuk dimasukkan kacang-kacang tersebut ke dalam anu tu?
Quote Catpaw 21-8-2021 01:48 PM
Pelik2 je, tak sakit ke isi benda pelik hishhh
Quote norawestallen 21-8-2021 03:02 PM
Haiz pelik2. Macamana ya dia masukkan? Tak tercapai dek akalku
Quote nakkomenjugak 21-8-2021 03:15 PM
kerja bodo apa ko buat ni nokkkkkkk halahhhhhh
Quote Jitu 21-8-2021 03:20 PM
mcm mana blh muat masuk dlm anu dia kacang tu
Quote angelofish 21-8-2021 03:30 PM
kacang ginjal? kidney bean ke atau bahasa melayunya kacang merah orang buat inti pau roti tu
Quote Ayda89 21-8-2021 04:24 PM
Eksperimen masuk kacang nak bagi saiz tebal ke kuikuikui
Quote kemaruk 21-8-2021 04:29 PM
dulu pernah benang spender tertusuk dalam lubang totey bangkem

agak panjang jugak ler yang masuk..

tak tau la camne lubang totey bangkem boleh tersedut benang tu

pastu bila bangkem tarik, tak rasa sakit pon

tapi ada rasa sensasi sedap2 gitu
Quote ninja9 21-8-2021 04:33 PM
bodohnya.. hahahahhaha
Quote violetungu 21-8-2021 04:37 PM
pelik2 perangai..camna la dia masukkan ek?? dalam kulup tu ke??
Quote edayildiz 21-8-2021 04:48 PM
Dia cuba menarik kacang itu keluar menggunakan penyepit tetapi tidak berjaya.

takde kerja
Quote spicygirl3 21-8-2021 06:51 PM
Pelik pelik orang dalam dunia ni ye
Quote setori_mori 21-8-2021 11:39 PM
Baru tahu lubang kencing tu besar sampai boleh sumbat kacang. Ku pikir kecik
Quote Ciktiekus 22-8-2021 09:54 AM
Edited by Ciktiekus at 22-8-2021 09:55 AM
kemaruk: dulu pernah benang spender tertusuk dalam lubang totey bangkemagak panjang jugak ler yang masuk.. tak tau la camne lubang totey bangkem boleh tersedut ...


Alahai bangkemmm
Quote Olumis 22-8-2021 07:33 PM
Duhhh... teringat cerita si kawan. Yang ni pula dia masukkn padi dalam tut{:yameteh

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.060085 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top