Berhenti mengugut. Semua pihak digesa berhenti daripada terus membuat ugutan terhadap kerajaan selepas pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu. Ahli Parlimen Ketereh,Tan Sri Annuar Musa berkata, perbuatan itu boleh menganggu perjalanan perancangan dalam usaha mendepani wabak Covid-19 dan pemulihan negara.
Beliau percaya dengan pelantikan barisan kepimpinan Jemaah Menteri di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, tidak akan berubah banyak kerana ia akan diisi dalam kalangan 114 Ahli Parlimen yang menyokong. “Sebab itu kita terutamanya ahli Parlimen kena ambil sikap bertanggungjawab. Jangan suka melompat ke sana ke sini. “Apa yang dapat? Macam sekarang kerja tergendala… apa sangat yang dapat? Yang bertukar tempat, jawatan, portfolio… beberapa orang sahaja.
“…saya tak fikir wujud kerajaan baharu yang semua sekali tukar (barisan kabinet). “Nak dilantik di kalangan 114 ini juga… yang dijatuhkan dulu 114 ini juga. Kita ‘pi mai pi mai tang tu juga’. Yang rugi rakyat,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan ‘flag off’ perjalanan Sukarelawan Rumah Prihatin untuk penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Merbuk dan Jerai. “Kuasa perdana menteri jangan usik, kita jangan beri sebarang tekanan, kena hormati sistem dimana pembentukan jemaah menteri adalah satu hak mutlak perdana menteri,” katanya. Annuar berkata, semua wakil rakyat patut malu kepada rakyat disaat mereka susah pemimpin berebut kuasa dan melakukan cubaan menjatuhkan kerajaan. “Kita sudah lalui beberapa kali bertukar kerajaan, cukuplah kena malu kepada rakyat, malu kepada diri sendiri. Jangan guna mandat rakyat untuk tujuan salah, rakyat sedang memerhati,” ujar beliau. Ditanya, soal nama kerajaan baharu di bawah kepimpinan Ismail Sabri, Annuar berkata, “ia bukanlah isu besar sebaliknya yang penting kesepakatan antara parti BN, PN, GPS, PBS dan beberapa yang lain dalam mentadbir negara. “Sebab itu, pada masa ini kurangkanlah polemik. Kita beri perdana menteri tunaikan tanggungjawab. “Saya percaya, berdasarkan latar belakang Ismail Sabri, beliau adalah orang yang suka berunding, bukan watak yang keras. “Beliau bukan ketua kabilah yang hendak menegakkan itu nak menegakkan ini. Beliau sesuai dalam keadaan sekarang, menjadi pendamai dan sejuk menyejukkan keadaan,” kata Annuar lagi. SUMBER FMT-Suara Merdeka
|
LadyCarefree replied at 21-8-2021 03:07 PM
Patutnya Agong macam mana pun kena pilih PM dari parti yg menang dan titahkan semua kena juga sokong ...
Suchi replied at 21-8-2021 03:26 PM
Mcm pru 14 PH menang so maknanya PH tu yg kena hantar 2-3 org calon utk agong pilih kan.
Iols tak ...
Firenzza replied at 21-8-2021 03:58 PM
Ala konon2 play victim pulak....yg jd mastermind beli mp, tebuk atap, blackmail tu umno jg kan?
otai_g replied at 21-8-2021 02:30 PM
Logik apa yg negara ni gunakan. Kalo kerajaan mahiadin gagal, maknanya keseluruhan kabinet tu pun ga ...
iman_kasih replied at 21-8-2021 04:16 PM
Bahasa mudahnya macam tu la..bila menang GE14, ph bentuk kerajaan. Then, kerajaan ph jatuh bila a ...
Tinot7 replied at 21-8-2021 06:10 PM
Ph jatuh sbb sheraton ka sbb atuk letak jawatan bila ph dok gasak dia utk pass jawatan dpt anwar? ...
iman_kasih replied at 21-8-2021 06:12 PM
Langkah sheraton tu menyebabkan atuk terpaksa letak jawatan bila dah hilang majoriti
ADVERTISEMENT