CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belasah Kekasih Sampai Mati Sebab Suka Mandi Malam

21-8-2021 08:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2196| Komen: 11

Seorang wanita dipercayai dibunuh kekasihnya hanya kerana dia sering mandi pada waktu malam.

Ketua Polis Maluku Tengah, Rosita Umasugi berkata, suspek dikenali sebagai Ewin nekad memukul kekasihnya, Niken Astrid sehingga mati kerana tidak suka dengan tabiatnya yang gemar mandi malam.


“Suspek mendakwa dia sudah banyak kali berpesan kepada kekasihnya supaya hentikan amalan mandi waktu malam kerana tidak bagus untuk kesihatan.

“Namun, nasihat itu tidak diendahkan mangsa hingga suspek hilang sabar lalu memukulnya hingga mati,” katanya kepada Kompas.com.



Jelas Rosita, dalam kejadian pada Khamis minggu lalu sekitar jam 11.30 malam itu, suspek memukul belakang kepala mangsa dan menolaknya ke dinding ketika dia sedang mandi di rumah sewa mereka.

Katanya, suspek mengangkat mangsa yang kesakitan dan tidak mampu bangun ke bilik tidur.

“Suspek juga sempat membersihkan kesan darah menggunakan air sebelum keluar dari rumah.


“Apabila pulang keesokannya, suspek mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan membiarkan mayat wanita itu di dalam bilik selama lima hari sebelum dibuang ke pantai,” ujarnya.

Jelas Rosita, mayat mangsa ditemukan penduduk setempat di Pantai Lesane pada Selasa lalu.

“Suspek juga sudah ditahan untuk bantu siasatan,” jelasnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 21-8-2021 08:08 PM
wow.. kebetulan bangkem tengah panaskan air nak mandi ni
Quote Cece1234 21-8-2021 08:14 PM
Ok ape mandi malam..xselesa nak tido kalo xmandi dlu..
Quote edayildiz 21-8-2021 08:17 PM
oh bangsa tu kan..laki melayu takde gini kan
Quote budaktua 21-8-2021 08:37 PM
ko tk bg dia mandi mlm takut kesihatan tergnggu... yg ko g bunuh dia tu,, terus jd sihat ke...?
Quote miznora 21-8-2021 08:40 PM
sampai bunuh kawan tu hanya sebab tak bg mandi malam. apa nak jadi.. ke ada dendam lain?
Quote Ayda89 21-8-2021 09:57 PM
Kuno betui kepercayaan nya
Quote MeghanK 21-8-2021 10:13 PM
iols biasa sebelum tido mandi..kalau mandi air suam memamg lena okeh
Quote nakkomenjugak 21-8-2021 11:33 PM
erkkkkkkk... lepas ni apa pulak? pukul sebab gosok gigi malam2?
Quote any42 21-8-2021 11:36 PM
ye ke sbb mandi mlm. ntah2 alasan je.
i pun mndi sblum tido bru rsa selesa nk lelap
Quote Taniajingga 22-8-2021 12:28 PM
Takyah mandi lama2, Mandi kejap utk fresh badan baru selesa tido.. ini mesti ada kes dendam lain ler tu pahal sampai bunuhh apoo
Quote genUmi 22-8-2021 01:11 PM
alasan x logik

atau bilik air kat luar, dinding pun  berlubang

jadi mungkin ada kaki mengendap

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.092808 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top