Kecoh di Twitter berhubung kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap penyerang Johor Darul Ta???zim (JDT), Syafiq Ahmad.
Dalam kenyataan, TMJ menegaskan pemain hanya akan diturunkan pada setiap perlawanan Liga Super sekiranya menunjukkan prestasi baik. "Siapa train bagus, kerja keras, dia main. Siapa tidak, dia tak main. Simple," tulisnya. Amaran itu dibuat selepas Syafiq dalam ciapannya berbunyi ???Seronok tengok kawan-kawan main???. Bagaimanapun, kenyataan berbaur amaran dan sindiran itu menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Bagi peminat penyerang itu, kenyataan pedas TMJ tidak wajar kerana tidak sensitif. Pun begitu, segelintir warga maya setuju tindakan TMJ itu wajar kerana Syafiq menunjukkan sisi tidak matang apabila mengeluh di media sosial. Menyedari kesalahannya, Syafiq menerusi Instagram memohon maaf kerana bertindak mengikut emosi selain berterima kasih kepada TMJ yang banyak membantunya di dalam dan luar padang selama ini. Bak kata TMJ, lain kali nak buat apa fikir dulu. Kan dah kena marah dengan bos besar. - CARI
|
supernaturalee replied at 22-8-2021 05:24 PM
Ni ke yg eksiden ank dgn maid meninggal tu
RVP20 replied at 22-8-2021 05:32 PM
Ya dia lah
nikaido: Bangsa J ckp syafiq xprofesional sebab luah dkt media sosial. Boss J tulis pjg2 reply dkt media sosial bangsa J x persoal pula
ADVERTISEMENT