Pelakon veteran, Harun Hashim dan isterinya, Sakinah Ganjali menempuh kegetiran apabila berdepan ujian penyakit dan kesulitan hidup ketika era pandemik COVID-19. "Saya tahu Harun diserang darah tinggi, tiga hari lalu. Keadaannya agak teruk bila terpaksa ditidurkan. "Terkini dia sudah sedarkan diri. Cuma lebih membimbangkan isterinya pula diserang penyakit." Betty berkata, kali terakhir dia berjumpa Harun pada 25 Julai lalu. Saya terbabit dalam program infak artis bersama ngo agihkan bantuan kepada yang memerlukan. Ketika bertemu, saya lihat keadaan Harun dah tak sihat, matanya makin kabur." Dramatis popular era 90an itu disahkan menghadapi Glaukoma yang menyebabkan medan penglihatan pesakit semakin sempit. "Saya lihat matanya dah bertukar warna. Harun sendiri akuinya, cuma tak mampu ke klinik untuk pemeriksaan lanjut." Katanya, Harun membantu isterinya berniaga di Batu Caves Centerpoint sejak pandemik menular, tahun lalu tetapi terkesan kerana terbiasa menguruskan perniagaan secara fizikal berbanding dalam talian. "Harun ada WhatsApp minta bantuan bayar sewa rumah pada 15 Ogos lalu. Tapi, saya terlambat membalasnya kerana sibuk. Akhirnya, saya dapat tahu Harun dan isterinya masuk hospital." Semoga Harun Hashim dan isterinya lekas pulih. - CARI |
ADVERTISEMENT