Berikutan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan kerajaan kepada penerima dua dos vaksin Covid-19, golongan anti-vaksin dilihat semakin berani sehingga mahu membayar beberapa klinik swasta demi mendapatkan sijil vaksin.
Difahamkan, modus operandi mereka adalah membayar untuk dos berkenaan, namun tidak mahu disuntik. Media sosial hangat dengan pendedahan sebuah klinik swasta dipercayai di Pulau Pinang yang mendedahkan pihaknya menerima banyak permintaan golongan antivaksin yang mahu membayar sehingga RM1,000 untuk vaksin, namun tidak mahu disuntik. Portal berita MalaysiaNow melaporkan pihaknya cuba menghubungi klinik berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut, namun tidak berjaya.
Klinik itu menerima pujian ramai apabila tidak berkompromi soal integriti perubatan mereka. Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Doktor Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr Steven Chow mengesahkan kepada MalaysiaNow wujudnya cubaan-cubaan seperti itu. “Ya kami sedar mengenai usaha-usaha untuk melangkaui sistem. “Persekutuan menentang mana-mana doktor yang bersetuju dengan amalan tidak beretika ini. Setakat pengetahuan kami, ahli FPMPAM sentiasa menolak permintaan individu yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya kepada MalaysiaNow. Katanya, perkara itu dilaporkan rangkaian ahli-ahli FPMPAM walaupun tiada data rasmi diperoleh. Sumber: Suara Merdeka
|
white_musk replied at 22-8-2021 05:31 PM
Minta karajaan halang antivaks dari membayar culai dan pargi mengundi juga
white_musk replied at 22-8-2021 05:31 PM
Minta karajaan halang antivaks dari membayar culai dan pargi mengundi juga
Thunderclouds: Hahahaahahha..kan. kalo itu ini suma xboleh. Suma dsekat dh xperlu p mngundi & byq cukai la.
ADVERTISEMENT