Semakin cantik selepas berhijab, Elizad Sharifuddin bagaimanapun enggan penghijrahannya itu dikaitkan dengan arwah Siti Sarah Raisuddin.
"Seboleh-bolehnya saya tak mahu kaitkan hijrah saya dengan arwah atau kisah-kisah kebaikan arwah. Saya pakai tudung kerana Allah dan niat sendiri bukan disebabkan orang lain. "Perkara lain yang saya nak cakap tentang arwah, dia selalu beri hadiah kepada saya dan sangat bangga dengan Shuib yang sangat tenang menghadapi dugaan ini," katanya kepada Kosmo! Online.
Kata pelakon itu, hatinya mula terjentik untuk berhijab selepas suami, Shamsul Baharin Abdul Rahman, 48, membeli beberapa helai tudung secara dalam talian untuknya. "Ketika memakai selendang yang dibeli, suami kata cantik sangat tetapi dia tak paksa saya untuk pakai. Kemudian kebetulan saya bekerja masuk konti radio pada 1 Muharam lalu dan bermula detik itulah saya mula memakai tudung," ujarnya.
Elizad juga menjelaskan tindakannya menutup ruangan komen pada muat naik gambar minggu lalu kerana tidak mahu melihat netizen berbalah. "Walaupun saya tutup ruangan komen, masih ada yang masih melemparkan kata-kata negatif menerusi mesej peribadi Instagram. "Ada yang persoalkan fesyen tudung saya 'Sudah cukup sempurnakah pakai hijab begitu'? Saya tidak pernah cakap saya manusia sempurna," katanya. Tiada manusia yang sempurna. Biarlah Elizad berubah mengikut rentaknya sendiri. Apapun Elizad memang makin cantik! Semoga istiqamah ya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|