Seorang wanita Afghanistan melahirkan bayi di dalam pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) tidak lama selepas pesawat tersebut mendarat di Jerman.
Wanita itu mula mengalami sakit hendak bersalin ketika pesawat yang sarat dengan pelarian itu menghampiri pangkalan udara Ramstein di barat daya Jerman. Juruterbang yang dimaklumkan mengenai keadaan wanita tersebut bertindak menerbangkan pesawat pada ketinggian yang lebih rendah agar lebih banyak oksigen dapat memasuki ruang pesawat. Sebaik sahaja tiba di landasan, pasukan perubatan bertindak pantas menyambut kelahiran bayi wanita berkenaan. Pasukan Angkatan Udara AS memuji keputusan juruterbang untuk menerbangkan pesawat pada ketinggian lebih rendah bagi memaksimumkan oksigen sewaktu berdepan detik cemas tersebut.
Dimaklumkan wanita tersebut dan bayi perempuannya dibawa ke fasiliti perubatan berdekatan dan berada dalam keadaan yang baik. -CARI Sumber: mStar/ Dailystar
|
Buritan replied at 23-8-2021 09:31 AM
Kalo aku.. aku duduk aje.. taliban ni pun org depa jugak.. kiranya takiban ni mcm arqam ka tabligh k ...
qwen_luna replied at 23-8-2021 10:17 AM
Deme tu pro US. Mmg lari lerrr takut kat taliban padehal org deme jugak. Dah dimomokkan org US {:1_5 ...
naina replied at 23-8-2021 09:51 AM
Kan..selagi tak perang duduk jelah tempat kita tu. Tengok dulu keadaan baru tu cmne. Kalau mudarat ...
nakkomenjugak replied at 23-8-2021 10:22 AM
sanggup lahaiiiiii
lantak ko laa. dah dok tempat orang tu pandai2 laa jaga tingkahlaku
ADVERTISEMENT