CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasha Sandha Akui Terkejut Elisya Sandha Kahwin Muda

23-8-2021 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12235| Komen: 76

Gembira adik kesayangan Elisya Sandha sudah bergelar isteri, aktes Fasha Sandha tidak melepaskan peluang menitipkan pesanan dan tip untuk bahagia dalam rumah tangga.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 37, berharap pasangan itu akan sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing dan saling melengkapi antara satu sama lain.


Kredit foto: IG

"Saya berulang kali berpesan kepada Elisya dari mereka bertunang sehingga sekarang. Pesanan saya agar mereka sentiasa menerima kekurangan satu sama lain.

"Paling penting, terima kekurangan dahulu sebelum kelebihan masing-masing. Sebab setiap pasangan kena saling melengkapi.

"Tiada manusia yang sempurna tetapi yang penting, masing-masing dapat memberi kebahagian antara satu sama lain," katanya kepada mStar.


Elisya selamat bernikah dengan anak kepada pengarah terkenal Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, 25, pada Sabtu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID).




Pada majlis ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Elisya atau nama sebenar Nur Elisya Hassan menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih daripada Uzair yang bekerja sebagai pengurus produksi.

Aktres berusia 22 tahun itu turut menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22 dan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Dalam pada itu, Fasha mengakui dia pada mulanya berasa terkejut apabila Elisya meluahkan hasrat untuk berkahwin di usia yang masih muda.

Bagaimanapun pelakon drama Scammer ini menganggap jodoh pasangan itu kuat biarpun pernah beberapa berdepan dugaan.



"Sejujurnya pada mulanya saya agak terkejut bila dapat tahu adik dah bersedia untuk berkahwin sebab saya sendiri berkahwin ketika berusia 28.

"Manakala Elisya baru sahaja berusia 22 tahun. Tapi apa-apa pun, itu semua kerja Allah... kita merancang tapi Allah menentukan.

"Jodoh mereka sampai awal... lama sangat bercinta walaupun 'on off' tapi jodoh mereka sangat kuat. Uzair pun seorang lelaki yang baik dan gentleman.

"Saya yakin Uzair boleh memberikan kebahagian kepada Elisya. Bila memikirkan kebahagian adik, saya dan keluarga memberi restu sepenuhnya kepada mereka," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-8-2021 11:43 AM
Tahniah.. selamat menjalani kehidupan sebagai hamba abdi ye
Quote Thunderclouds 23-8-2021 11:45 AM
Edited by Thunderclouds at 23-8-2021 11:47 AM

Lahh....baru 22 ka? X p jenguk lgsg tered kawin tu. 22thn iols tgh study lagik
Quote midori_katana 23-8-2021 11:53 AM
Thunderclouds replied at 23-8-2021 11:45 AM
Lahh....baru 22 ka? X p jenguk lgsg tered kawin tu. 22thn iols tgh study lagik

muda sangat kan... kalau zaman dulu yerlah org dah kawin dah umur2 tu... tapi dia pun bukan sambung belajar... elok lah kawin kalau dah sampai jodoh...
Quote pearl.silver 23-8-2021 11:55 AM
Wow.. Muda sgt ni.. Nama baru nk naik..
Tp xde masalah.. Kontrak berlakon ikat mati ngan maktua yedok
Btw laki dia ni kje apa
Quote tootii 23-8-2021 11:57 AM
doa moga yg baik2 je. jadi menantu sulung .. pompuan pulak tu ..
mmg MIL sayang la kan kalau pandai bawak diri ..
Quote Buritan 23-8-2021 11:58 AM
Anak fasha yg sulong tuu debab.. nmpk bebudak tuu pun happy happy.. aku tumpang happy tengok fasha temui kebahagiaaan
Quote Nadzfizz 23-8-2021 11:59 AM
Tak pelik pon kawen muda.... Jodoh dah tertulis...ajal kite pon dh tertulis... Tak dak pelik aihh.... Apa pon slmt pengantin baru... Semoga kekal till jannah
Quote Buritan 23-8-2021 12:01 PM
Fasha bahagia lopes kawin dgn laki baru dia ni.. jantan nogori mmg baiklaa.. cth laki aku.. koh koh..
Quote ariellin 23-8-2021 12:02 PM
Dia ni manjang terkejut
Quote miss_perfect 23-8-2021 12:05 PM
Kalau tengok muka tak nampak macam 22. Kawin muda ni kalau masing2 tau tanggungjawab ok je. Esp suami la. Dia yang kena jadi ketua kuarga khenns
Quote dejure 23-8-2021 12:05 PM
Fasha ni dulu pon anak dgn jejai edisi kalkulator juga kann..xkan nak tunggu adik jadi mcm dia pula baru nak kahwin
Quote Nadzfizz 23-8-2021 12:08 PM
Fasha bahagia lepas kawen dgn yg sekufu gitu...
Quote hotmak 23-8-2021 12:11 PM
cantiknya fasha, muda lg rupanya adik dia ni, anak sis tu pun muda lg
Quote RatuDunia94 23-8-2021 12:25 PM
Edited by RatuDunia94 at 23-8-2021 12:27 PM

Kenapa nama bapa Elisya dgn wali yg nikahkan x sama?

Wali bapa pengantin nama Faizal
Tp Elisya Sandha Hassan

Adakah wali tu (Faizal) adik beradik Encik Hassan?

Tp bukan ke dia ada adik lelaki kandung?
Quote spankee_fili 23-8-2021 12:26 PM
Comelnya video fasha ngan tok laki
Nampak lebih happy gayanya, alhamdulillah
Iols suka elisya ni haa, nampak budak baiknya lahai
Semoga Elisya juga berbahagia hendaknya
Quote SweetRehan 23-8-2021 12:27 PM
Selamat pengantin baru....apapun nak ckp fasha cantik sgt....ayu lembut mukanya x jemu memandang...
Quote kalchi 23-8-2021 12:35 PM
Tp production sis drama sume tak bes hehe. Hrp elisya yg bebakat ni tak terikat dgn projek js pictures je
Quote Thunderclouds 23-8-2021 12:37 PM
midori_katana replied at 23-8-2021 11:53 AM
muda sangat kan... kalau zaman dulu yerlah org dah kawin dah umur2 tu... tapi dia pun bukan sambun ...

Betui3 And at 22 dia dh pki VW. Career dh guaranteed smpi tua jika jodoh bkekalan & pndai amik hati bos dh smpi jodoh, ikut dia lah
Quote misz_sanggul 23-8-2021 12:44 PM
RatuDunia94 replied at 23-8-2021 12:25 PM
Kenapa nama bapa Elisya dgn wali yg nikahkan x sama?

Wali bapa pengantin nama Faizal

maybela..pak skrg pak tiri..
ade bpk sedara yg dieorg still respect sbb tu amik kut..adik die pun bole


Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.110114 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top