Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah individu yang telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin COVID-19 agar tidak mengambil mudah dan berasakan diri mereka kebal daripada jangkitan wabak itu.
Justeru, baginda menyeru agar rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan menjalani kehidupan norma baharu bagi membantu kerajaan menangani wabak COVID-19. "Amalkan pemakaian pelitup muka apabila keluar rumah dan pastikan penjarakan fizikal sentiasa dipatuhi," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-14, di sini, hari ini.
Sultan Selangor juga berharap rakyat negeri ini memberi kerjasama sepenuhnya untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 masing-masing seperti yang ditetapkan oleh KKM.
|
kelip2_07 replied at 24-8-2021 10:47 AM
grab ptut bg maksimum passenger 2 org..aku semlm nk bwk ank g spital igt nk pkai grab skli dia tlis ...
kemaruk replied at 24-8-2021 10:48 AM
tak silap kalau teman orang ke hospital, boleh je 2 orang
ADVERTISEMENT