CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapa Nama Ismail Boleh Makan Patin Masak Tempoyak Free, PM Perasan Tak Tu?

23-8-2021 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1733| Komen: 7

Restoran Temerloh Catering terus melanjutkan pemberian sajian ikan patin masak tempoyak secara percuma kepada mereka bernama Ismail selepas mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.


Langkah itu secara langsung membantu orang ramai ketika pandemik Covid-19 yang mengidam terhadap sajian itu dengan 114 paket disediakan hari ini.

Pengarah Urusan restoran tersebut, Khairul Izwandy Abdul Jazam tanpa berselindung turut berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob hadir meluangkan masa menikmati makanan tersebut dengan kempen itu adalah selaras pelantikannya.


Khairul Izwandy (kiri) menyerahkan sebekas ikan patin masak tempoyak percuma kepada Khairul Azhar di Restoran Temerloh Catering di Seksyen 15, Shah Alam, hari ini.


“Harap promosi ini disedari Perdana Menteri sendiri kerana saya sangat berharap beliau dapat makan di sini sekurang-kurangnya sekali.

“Ini impian saya memandangkan beliau sendiri berasal dari Pahang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Khairul Izwandy memberitahu, lebih 120 paket percuma bersamaan lebih 200 ketul ikan patin diberikan kepada orang ramai walaupun pada mulanya tawaran hanya 100 peket sahaja.

“Hari ini, kita bagi 114 paket ikan patin masak tempoyak percuma dengan angka itu dipilih kerana signifikan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9,” jelasnya.

Sementara itu, seorang pengunjung, Khairul Azhar Ismail, 45, berkata, dia mengetahui promosi ini melalui Facebook Khairul Izwandy memandangkan mereka sudah berkawan lama.

“Hari ini, baru ada kesempatan untuk tuntut ikan patin masak tempoyak. Saya memang selalu makan di sini kerana lauk di sini memang sedap,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan orang ramai hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai pengesahan dengan syaratnya kepada sesiapa sahaja bernama Ismail, bin atau binti Ismail dan alamat rumah mempunyai perkataan nama itu bagi mendapatkan hidangan ikan patin masak tempoyak secara percuma.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spicygirl3 23-8-2021 05:35 PM
Nak kena tukar nama anak ni
Quote edayildiz 23-8-2021 06:58 PM
ungku ismail blh la
Quote nakkomenjugak 23-8-2021 08:45 PM
iol pakai nama ismailiah boleh? heheh
Quote Zhana 23-8-2021 09:10 PM
Tmj boleh la claim jugak ye
Quote Decaffeinated 23-8-2021 09:58 PM
Orang Shah Alam ja lah.

Kalau boleh rentas daerah satu taman tun mai serang ko sanggup ka dek? But then again orang taman tun tak pulak hadap ikan patin kot
Quote tumpanglalu74 23-8-2021 09:59 PM
Diskriminasi..
Quote noor2 24-8-2021 05:57 AM
Sedapnya tempoyak ikan patin.....

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.126204 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top