CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alif Satar Ikut Sunnah, Seronok Mandi Hujan Dengan Anak-anak

23-8-2021 05:21 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4404| Komen: 22|Original author: Oleh: LilRose

Kredit foto: IG


Mungkin ramai ibu bapa melarang anak-anak daripada 'mandi hujan' kerana bimbang kesihatan mereka terjejas. Takut demam kata orang dulu-dulu.

Namun, berbeza dengan Alif Satar yang ceria bermain air hujan bersama anak-anaknya sebagai inisiatif untuk menghiburkan mereka.



Yalah, sudah lama terperap dalam rumah tanpa melihat dan berinteraksi dengan dunia luar.

Ceria sungguh melihat tiga beranak ini mengenakan baju hujan.


Kredit foto: IG

Kata penyanyi, pelakon dan pengacara itu, isterinya sudah memberi lampu hijau untuk membawa anak mereka mandi hujan.


Kredit foto: IG

Ada ke yang demam kalau kena hujan sekarang ni? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spicygirl3 23-8-2021 05:38 PM
Dulu dulu mandi hujan aje pening yakmat dan demam. Sekarang takde pulak.
Quote jackreacher 23-8-2021 06:17 PM
Tercari-cari part sunnah tu. Mandi hujan mmg sunnah? Ke tajuk misleading.
Mandi hujan memang best tapi aku seriau kilat.
Quote msdummy.2018 23-8-2021 06:26 PM
Hapo mandi hujan tp kepala tutup?
Quote mijot 23-8-2021 07:09 PM
hujan skrg tak sama dgn hujan zaman dulu...
skrg byk bahan kimia..
Quote missus_meow 23-8-2021 07:11 PM
i dulu suka mandi ujan tp takdelah pakai baju ujan ...
Quote midori_katana 23-8-2021 07:28 PM
Edited by midori_katana at 24-8-2021 04:15 PM

yer2 tajuk gempak.
iols pun gigih la search ttg hadis mandi hujan

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4064-al-kafi-1563-hukum-basahkan-badan-dengan-air-hujan-ketika-hujan-turun
hadis kata sekadar basahkan sedikit bahagian badan

Antara sunnah yang jarang dilakukan dalam pengamalan masyarakat pada hari ini adalah membasahkan sedikit dari bahagian badan dengan air hujan yang turun daripada langit. Perbuatan ini tsabit daripada Nabi S.A.W berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata : ‘’Hujan turun dan kami pada ketika itu bersama dengan Rasulullah S.A.W. Lalu baginda S.A.W menyelak baju baginda sehinggalah hujan menimpa badan baginda. Kemudian kami bertanya : ‘’Wahai Rasulullah, mengapakah anda melakukan ini ?’’. Maka jawab baginda S.A.W:

لِأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Kerana ia baru sahaja datang (turun) dari Tuhannya yang Maha Tinggi.

Riwayat Muslim (898)



Quote che-cikL 23-8-2021 07:52 PM
Ada ke sunnah mandi hujan? Iols mmg tak tahu ni, TT? Maksud sunnah,  perkara yg Nabi buat yg sahabat praktiskan, kan? Ada ke zaman sahabat mandi2 hujan?
Quote nakkomenjugak 23-8-2021 08:18 PM
lama tak mandi hujan
Quote kitmal9545 23-8-2021 08:47 PM
masalah sekarang hujan sekarang kotor..campur asap dan bahan kimia merbahaya.....
Quote sleepandream 23-8-2021 10:19 PM
setakat mandi hujan depan halaman rumah takde hal...
kalau main hujan sampai masuk parit sungai takde yg monitor naya jah...
Quote naina 23-8-2021 10:29 PM
Mandi hujan ni elok uols
Kalau uols kena hujan lepastu sakit kepala ke demam2 ke tu maksudnya badan uols banyak toksin ke toksik. Kalau sihat2 je maknanya badan uols sihatla..air hujan membawa bersama penyakit keluar.
iols kadang2 mandi hujan jugak dengan anak. Biar lepas rambut sampai puas..ok je..lagi segar. Tak sakit kepala. Dulu2 ya kena hujan ckit jadi sakit kepala.
Quote I.K.A888990 24-8-2021 02:16 AM
mmg seronok mandi hujan ni
Quote mama_neko 24-8-2021 07:10 AM
kalau nak mandi, kena kuyup, biaq rambut tu kena ayaq hujan lebat tu... bagus mandi hujan untuk budak2 ...
Quote midori_katana 24-8-2021 09:15 AM
che-cikL replied at 23-8-2021 07:52 PM
Ada ke sunnah mandi hujan? Iols mmg tak tahu ni, TT? Maksud sunnah,  perkara yg Nabi buat yg sahabat ...

Iols pun tak tahu.. ada chuols hadis ni
Quote meisapoya 24-8-2021 09:59 AM
Seronok mandi hujan ni. Masa kecik dulu, tiap kali hujan lebat memang galaklah main hujan. Hujan rintik tak mainlah sebab memang toksik. Bila dah besar, x mandi dah sebab malu kena bersiap kat luar. Mak x bagi masuk rumah basah2.
Quote NekNgah 24-8-2021 10:11 AM
Bila hujan lebat memang seronok mandi hujan.  Tapi husband Ngah tak boleh, dia mesti sakit kepala. Masa anak kecil-kecil, selalu join mandi hujan di halaman rumah.
Quote che-cikL 24-8-2021 12:00 PM
midori_katana replied at 24-8-2021 09:15 AM
Iols pun tak tahu.. ada chuols hadis ni

Tkasih... Tu lah tu smlm baca yg uols tepek tu, baru tahu. Masa iols type tu blm baca yg uols punya. Sekali dh post, baru scroll tgk post uols betul2 atas my post. Dpt ilmu baru, tq tq tq
Quote midori_katana 24-8-2021 12:02 PM
che-cikL replied at 24-8-2021 12:00 PM
Tkasih... Tu lah tu smlm baca yg uols tepek tu, baru tahu. Masa iols type tu blm baca yg uols puny ...

a'aa.. tq kat tuan tanah....
Quote RatuDunia94 24-8-2021 01:56 PM
kitmal9545 replied at 23-8-2021 08:47 PM
masalah sekarang hujan sekarang kotor..campur asap dan bahan kimia merbahaya.....

Arwah iols ckp kalau nak mandi hujan jgn mandi hujan yg pertama sekali turun setelah berminggu2 atau berbulan2 x hujan. Sbb yg turun tu hujan bercampur chemical.. ataupun tunggu hujan dah turun dlm 15-30 minit..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.062730 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top