Seorang anggota tentera berpangkat sarjan yang enggan mengambil
suntikan vaksin Covid-19, dipecat selepas 19 tahun berkhidmat. Wan Ramly Wan Seman, 39, dari Batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Rasah, Negeri Sembilan, bakal kehilangan pencen yang layak diperolehnya dalam tempoh 16 bulan lagi.
Selepas tular kisah itu, Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi satu kenyataan media menegaskan setiap anggota diwajibkan mengambil vaksin.
Ianya bagi mengekang penularan yang mungkin akan berlaku dalam kalangan anggota TDM, boleh menjangkiti keluarga dan masyarakat keseluruhannya. "Tindakan seseorang anggota tentera yang ingkar atau enggan untuk menerima vaksin, boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah atau melanggar perintah tetap." Pengambilan vaksin dalam kalangan anggota TDM diwajibkan atas dasar mereka hidup secara berkelompok. Selain itu, peranan dan tanggungjawab TDM kini sebagai petugas barisan hadapan dalam melaksanakan penugasan mahupun latihan, turut berdepan dengan kebolehjangkitan COVID-19, menurut laporan Portal Awani. Tindakan itu diambil selepas bapa kepada tiga anak itu menolak pemberian vaksin pada 7 Julai lalu ketika diarahkan berbuat demikian. Beliau sepatutnya dijadualkan tamat perkhidmatan pada 21 Januari 2023, bagaimanapun selepas tindakan yang akan dikenakan, Wan Ramly berkemungkinan kehilangan pencen yang layak diperolehnya.- CARI |
noor2 replied at 23-8-2021 09:46 PM
Dah la kedai gunting rambut pun diskriminasi kena ada sijil 2 dos ...anak aku rambut dah mcm sarang ...
Decaffeinated replied at 23-8-2021 09:39 PM
Kesalahan dia ialah engkar. Diorang kan sain mati.
jahcomel replied at 23-8-2021 09:55 PM
Somi sy pn tntera gak, dh lngkap 2dos sbln lpas tp kesannye masih trase sakit dada, brdebar2, sakit ...
iqbalriad replied at 23-8-2021 09:57 PM
Kita tak boleh ada anggota yg jenis mcm ni. Boleh kalah perang. Kecuali mmg ada kebenaran atau ala ...
ADVERTISEMENT