Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional mencadangkan agar guru yang tidak lengkap suntikan vaksin dilarang daripada mengajar di sekolah.
Presidennya, Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan tidak wujud kluster sekolah sebaik sesi pembelajaran bermula pada 3 Oktober depan. “Kami terkilan dengan tindakan 779 guru di Johor yang menolak vaksin. Ini memberi persepsi dan kesan kurang menyenangkan bagi seluruh warga Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang iaitu kira-kira 779 guru di Johor menolak untuk me-nerima vaksin Covid-19.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, Aminuddin Awang mengakui mereka tidak pernah menerima laporan mengenai guru menolak vaksin sehinggalah dedahkan baru-baru ini. Katanya, sekiranya wujud aduan sekali pun ia hanyalah mengenai kelewatan segelintir guru menerima tarikh temu janji suntikan vaksin tersebut. “Kita tak pernah terima aduan seperti itu, biasanya ia (aduan) tentang guru yang belum terima tarikh suntikan. Itulah yang biasa kami tekankan sebelum ini. Pada masa sama, Aminuddin berkata, beliau yakin semua guru yang dijadualkan kembali mengajar di sekolah pada 3 Oktober depan telah menerima suntikan vaksin sepenuhnya. “Jika masih ada yang belum lengkap divaksin sekali pun, masih ada masa lagi untuk mereka disuntik sebelum sesi persekolahan tersebut dibuka jadi tidak timbul masalah di situ,” katanya.-CARI Sumber: Kosmo
|
kemaruk replied at 24-8-2021 09:50 AM
ini jenis makpak bodo yang tutup pintu bila nampak antivaksin
zamzam replied at 24-8-2021 10:03 AM
bangkem takut jarum eh??jgn marah tanya jerr
kemaruk replied at 24-8-2021 10:06 AM
bangkem dah lengkap 2 dos
rikiruj replied at 24-8-2021 10:13 AM
Actually tujuan utama dalah untuk protect guru2 pasal budak2 normally effect covid tak teruk. Yang ...
zamzam replied at 24-8-2021 10:03 AM
bangkem takut jarum eh??jgn marah tanya jerr
zamzam replied at 24-8-2021 10:14 AM
tahniah...tunggu booster ye...haha
kemaruk replied at 24-8-2021 09:50 AM
ini jenis makpak bodo yang tutup pintu bila nampak antivaksin
manzilla replied at 24-8-2021 12:41 PM
Saya rasa bukan itu yang akan berlaku. Apa yang mungkin akan berlaku ialah guru mesti hadir ke sekol ...
exclusive_vvip replied at 24-8-2021 12:52 PM
yg KKM plak, dendiam je ye psl staf KKM yg tolak vaksin..
ADVERTISEMENT