Sedutan rancangan Masterchef Indonesia sering sahaja mendapat perhatian ramai dengan pelbagai drama serta aksi menarik baik daripada peserta mahupun juri.
Walau bagaimanapun, kali ini program Masterchef Turki pula menjadi sebutan setelah mereka menerima cabaran yang tidak dijangka-jangka. Mana tidaknya, di pusingan berkenaan difahamkan juri telah meminta para peserta untuk menyediakan nasi goreng ala Indonesia berserta sate dan kuah kacang. Jelasnya, ini adalah makanan yang sangat disukainya dan juga anak-anak.
Walau bagaimanapun, cabaran itu bukanlah satu yang mudah bagi peserta-peserta tersebutlebih-lebih lagi mereka sendiri tidak pernah kenal mahupun rasa makanan yang dimaksudkan. Dalam pada itu, juri tersebut turut dilihat menerangkan satu persatu ciri-ciri yang perlu ada pada nasi goreng serta sate berkenaan. Tetapi, masing-masing jelas kelihatan tertekan dan dan juga bingung. Malah difahamkan, juri juga sempat bertanyakan beberapa peserta di manakah kuah kacang yang dimaksudkan. Namun, mereka ternyata tidak begitu faham dengan keseluruhan cabaran tersebut. Sumber: Kisah Dunia
|
AnnaSendin replied at 24-8-2021 12:43 PM
Iols ta boleh blah dengan claim dari yendon mendonia nieyh. Sate dan nasi goreng makanan nusantara. ...
encikWawad replied at 25-8-2021 09:53 AM
haha Negara J la tuuuhh.
Cece1234 replied at 24-8-2021 02:51 PM
Smlm baru makan satay rono..sedap gile..first time try..slalu makan willy/samuri je..
ADVERTISEMENT