CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menyundal Di Kuala Pilah, Wanita Kena Denda RM4 Ribu

24-8-2021 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3177| Komen: 13

Seorang wanita didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di daerah ini pada 1 Ogos lalu.


Tertuduh, Junaidah Michael Reni Martin, 31, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Sarawak itu, mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah hotel yang terletak Pusat Komersial Melang dekat sini, jam 11.50 pagi pada 1 Ogos lalu.

Foto: Berita Harian

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur'Atiqah Sapari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Susulan pengakuan bersalah oleh tertuduh, Saiful mengenakan denda RM4,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayarnya.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, seorang lelaki yang juga bapa ayam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi orang tengah bagi aktiviti pelacuran.

Tertuduh, Lim Kevis, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa bertindak sebagai orang tengah bagi aktiviti persundalan ke atas Junaidah Michael Reni Martin, pada tarikh, masa dan tempat sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372(1)(f) Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan sebatan dan denda.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Christhoper Anak Manan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi serta melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 September depan.

Sebelum ini, kes tangkapan wanita ini menarik perhatian ramai susulan seorang pelawak tempatan turut ditahan polis bagi membantu siasatan. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 24-8-2021 01:19 PM
so yg pelawak tu apa cerita?
tak didakwa sekali ke
Quote I.K.A888990 24-8-2021 02:00 PM
smpai skrg xpham psl pelawak ni
ragu2 pulak baca

Quote TeropongThaico 24-8-2021 02:05 PM
Katanya pelawak tu sebagai transporter je. Driver giteww. Tapi takkan takde pertuduhan subahat ke apa? Jd kenapa nama heols ada dalam report
Quote mawarkhayalan99 24-8-2021 02:48 PM
amik ko terus dapat menyundal setepek kena
Quote 266799eMkaY 24-8-2021 02:52 PM
Wartawan bad mood ke ni? Menyundal terus dia bagi {:smile
Quote azwanaliori 24-8-2021 07:51 PM
Kata adik angkat jerrrr
Quote makneng 24-8-2021 07:59 PM
Laaa ada sambungan.. Tp tikus bendang dah senyap je.. Pecite
Quote nakkomenjugak 24-8-2021 09:27 PM
sia2 duit ngangkang habis dibayar untuk kompaun
Quote jazaa100 25-8-2021 09:11 AM
Memang sundal.....
Quote sukacactus 25-8-2021 09:36 PM
Baik betul abg angkat gi hantar adik angkat menyundal, sampai sanggup undur diri la dr melawak even katanya xbuat salah pun
Quote CikYaYaYa 25-8-2021 09:46 PM
So kira nya si tikus bendang lepass laa erk..? Hehehee menyundal terus wartawann bagi..
Quote Belibis 5-10-2021 05:15 PM
nakkomenjugak: sia2 duit ngangkang habis dibayar untuk kompaun

Dapat sedap jer la.duit abis.
Quote shamsadis 5-10-2021 05:28 PM
jarang pesalah orang cina nama penuh

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.178141 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top