CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tauke Sedih Rakan-rakan Yang Dulu Baik Kini Menjauh

24-8-2021 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6163| Komen: 36

Pengesahan polis menolak pendakwaan ke atas pelawak kontroversi, Tauke Jambu membabitkan kes pemerdagangan manusia membuktikannya bukan 'bapa ayam' seperti didakwa.

Meluahkan rasa bersyukur, Tauke berkata, dia bukanlah individu yang dikaitkan dengan aktiviti pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.


Susulan itu, Tauke, 45, berkata, dia berharap semua pihak menghentikan fitnah yang dilontarkan kepadanya.


Kredit foto: Harian Metro

"Alhamdulillah, akhirnya kebenaran terbukti, saya bukan bapa ayam seperti didakwa. Keluarga juga lega mendapat tahu saya benar-benar tidak bersalah.

"Jadi, saya harap pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak betul dapat membersihkan nama saya.

"Sebelum ini, saya sudah menjelaskan, tetapi ramai tidak percaya, malah berterusan melemparkan pelbagai kejian terhadap saya. Jujurnya, tidak mudah untuk saya melalui semua ini, apatah lagi, mahu membersihkan nama yang terpalit lumpur.


"Jika canang satu dunia saya tidak bersalah, ia bagaikan mencurah air di daun keladi, belum tentu orang mempercayai saya," katanya kepada BH Online.

Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria berkata, dia berharap orang ramai berhati-hati memberikan komen, ia boleh menjatuhkan fitnah.

"Jadi, hati-hatilah memberikan komen sebelum menuduh seseorang, jadikan iktibar atas apa yang berlaku pada saya.

"Usahlah lantang memberi komen sehingga mengecilkan hati orang lain. Jangan membiasakan diri memberi komen sesuka hati tanpa mengetahui kebenaran cerita," katanya.

Sungguhpun begitu, pelawak kelahiran Johor Bahru itu berkata, dia tetap tekad untuk meninggalkan dunia hiburan.

Katanya, dia percaya rezeki Allah luas dan boleh terus menjalankan kehidupan dengan baik biarpun tidak bergelar selebriti atas sokongan keluarga.

"Jujurnya, saya kesal dengan apa yang terjadi. Jika saya seorang dikecam dan dihina, tidak mengapa. Dahulu, mungkin saya melenting, tetapi sekarang saya sudah lali dengan kecaman, namun kali ini, amat keterlaluan.

"Ramai menuduh dan menghukum saya tanpa usul periksa. Namun, saya lebih sedih apabila ada yang turut mengheret anak-anak dan keluarga.

"Bayangkan, ada yang melemparkan persepsi dengan menuduh saya bapa ayam di hadapan anak-anak? Adik-adik saya pula terpaksa berdepan tohmahan apabila abang mereka dikatakan 'menjual lendir'.

"Betapa maruah saya dipijak-pijak tanpa belas kasihan. Disebabkan itu, saya tekad dengan keputusan meninggalkan industri hiburan. Lebih baik, saya melakukan kerja lain daripada terus menjadi mangsa tohmahan dan cacian," katanya.

Memulakan kerjaya seni apabila menyertai program Sinaran Passport Kegemilangan pada 2001, Tauke berkata, dia reda ujian Allah ke atasnya.

"Saya mahu belajar memperbaiki diri. Tak guna saya terus menyalahkan orang lain, tetapi saya harus kuat melalui ujian Allah ke atas saya.

"Bagaimanapun, saya agak sedih rakan-rakan yang dahulu baik kini menjauhi saya.

"Boleh kira dengan jari berapa ramai menghubungi saya untuk bertanya khabar, sedangkan hubungan kami rapat. Saya juga banyak berkorban untuk mereka.

"Tak kisah salah atau sebaliknya, sekurang-kurangnya dengarlah penjelasan saya sebelum menjatuhkan hukum. Kita kena ingat seseorang ditahan atas siasatan belum bermakna bersalah," katanya dengan nada sedih.


Sumber: BH Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mylia 24-8-2021 04:58 PM
Mod.. kenapa thread gossip xleh buka. Kosong. Ada iklan je...
Quote white_musk 24-8-2021 05:38 PM
Tauke pakai lah jubah serban besar tayar lori.. Tulis kata2 himah disulami ayat ayat suchi

mesti disayangi ramai punya lah

selamat mencuba
Quote ECTanDis 24-8-2021 05:49 PM
wat lek dah la
Quote Ieqa140388 24-8-2021 06:50 PM
Police report tu x legit ke ?
Quote kivio 24-8-2021 07:24 PM
Eh, rupanya kau ingat rakan artis tu sahabat sehidup semati haha klaka
Quote Belibis 24-8-2021 07:26 PM
Espiarem tak hidu bau2 ikan ke kes ni??tak sempat sebut kes dah lepas..
Quote annadonna 24-8-2021 08:30 PM
Sahabat kita menggambarkan kita. So perbaiki diri seikhlasnya insya Allah ada laa org merapati. Lagipun siapa nak kawan dgn bapak ayam. Karang ko jual dorang pulak
Quote nakkomenjugak 24-8-2021 08:40 PM
deme pun tak nak terpalit jugekssss
nama baik kasi clear selagi volehh
moga ambik pendekatan kesayuan untuk kelancaran penyucian diri lepas ni
Quote 3chanceno 24-8-2021 08:49 PM
Apa crita kes nie eh?? Laporan polis tu salah atau camna?? Tak de butiran kes nie siapa yg pesalah & kenapa tauke nie jadi saksi pulak..konfuse meols
Quote momoruru 24-8-2021 08:59 PM
Ada update terbaru kes ni kan?
Yang girl nama Jxxx tu dah kena dakwa mahkamah sebab lacurkan diri haritu kat hotel Kuala Pilah...bapak ayam yang kena dakwa sekali dengan dia chinese 38tahun
Quote momoruru 24-8-2021 09:05 PM

Wanita didenda RM4,000 kerana menyundal di Kuala Pilah

OlehAhmad Hasbi

Ogos 24, 2021 @ 12:52pm

[email protected]

KUALA PILAH: Seorang wanita didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di daerah ini pada 1 Ogos lalu.

Tertuduh, Junaidah Michael Reni Martin, 31, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Sarawak itu, mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah hotel yang terletak Pusat Komersial Melang dekat sini, jam 11.50 pagi pada 1 Ogos lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur'Atiqah Sapari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Susulan pengakuan bersalah oleh tertuduh, Saiful mengenakan denda RM4,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayarnya.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, seorang lelaki yang juga bapa ayam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi orang tengah bagi aktiviti pelacuran.

Tertuduh, Lim Kevis, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa bertindak sebagai orang tengah bagi aktiviti persundalan ke atas Junaidah Michael Reni Martin, pada tarikh, masa dan tempat sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372(1)(f) Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan sebatan dan denda.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Christhoper Anak Manan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi serta melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 September depan.

Sebelum ini, kes tangkapan wanita ini menarik perhatian ramai susulan seorang pelawak tempatan turut ditahan polis bagi membantu siasatan

SUMBER : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/855328/wanita-didenda-rm4000-kerana-menyundal-di-kuala-pilah
Quote spicygirl3 24-8-2021 10:57 PM
white_musk replied at 24-8-2021 05:38 PM
Tauke pakai lah jubah serban besar tayar lori.. Tulis kata2 himah disulami ayat ayat suchi

mesti  ...

Bagus idea ni. Semoga berjaya
Quote trexxxxxi 24-8-2021 11:27 PM
white_musk replied at 24-8-2021 06:38 PM
Tauke pakai lah jubah serban besar tayar lori.. Tulis kata2 himah disulami ayat ayat suchi

mesti  ...

Tayar lori ni buat meol teringat avvy arwah tokpitput

Innalillahi wainna ilaihirajiun buat sheol
Quote edayildiz 24-8-2021 11:28 PM
pergi la kwn ngn osimuah
Quote Carcosa 25-8-2021 02:15 AM
Padan muka kau. Annoying gila dia ni
Dulu bolehlah, sbb ada arwah. Lepas2 tu, terus sendu dgn pe'el tak senonoh dia tu. Dah berbini pun, sama je perangai
Quote depresio 25-8-2021 07:10 AM
Menyesal pulak aku buka baca. Apesal teruk sgt level bahasa tauke ni
Quote rayray28 25-8-2021 08:31 AM
actually hak masing2 kalau tibe2 dh xmau berkawan dengan kita..benda ni xle nk paksa2 bukan kita ada pertalian darah pun..dh kalau dia rasa x selesa nk berkawan dgn kita .kita pn elok move on jela
Quote HoneyManjer 25-8-2021 08:45 AM
lol expected lah
Quote doubleharmonic 25-8-2021 09:04 AM
"Alhamdulillah, akhirnya kebenaran terbukti, saya bukan bapa ayam seperti didakwa. Keluarga juga lega mendapat tahu saya benar-benar tidak bersalah.


kebenaran terbukti apa nya babi? ko jugak yang spin selagi boleh dari awal kes lepas tu nak fefeling di pihak yang benar apa jadah? kejap tak mengaku lepas tu mengaku lepas tu kata tak kena tangkap eh lepas tu kata untuk membantu siasatan jah?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.050295 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top