Hasrat seorang lelaki untuk melepaskan ‘hajatnya’ berakhir dengan tragedi mengerikan apabila diserang seekor harimau dan diseret masuk ke dalam hutan.
Lapor Daily Star, mangsa, Mikhail Shabaldin, 41, dipercayai diserang semasa keluar dari kemudahan penginapan sementara untuk ke tandas pada waktu malam berdekatan tapak pembalakan di sebuah perkampungan terpencil di Rusia. Jejak kaki binatang buas itu ditemukan di Khabarovsk, wilayah timur Rusia yang bersempadan dengan China. Rakan sekerja mangsa yang merakamkan video terkejut apabila melihat beberapa helaian kertas tandas dan pakaian mangsa yang dipenuhi darah.
Mangsa dipercayai diserang oleh Harimau Amur Majestik yang merupakan pemangsa hidupan liar serta manusia di Rusia, China dan Korea Utara. Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan, namun, penduduk tempatan menyatakan harapan untuk menemukan pembalak itu dalam keadaan selamat sangat tipis. Ada pendapat mendakwa harimau yang sedang kelaparan itu menyerang mangsa untuk diberi makan kepada anaknya. -CARI Sumber: Utusan Online
|
ADVERTISEMENT