CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zaman Nourul Susah, Hanya Makan Biskut Kering Cicah Milo Setiap Hari

25-8-2021 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3398| Komen: 16

Penyanyi Nourul Depp mendedahkan dia mulai sedar akan bakat nyanyian yang dianugerahkan selepas menerima kata semangat dan pujian dari insan terdekatnya pada zaman kanak-kanak.


Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abd Wahab, sejak itu dia mulai fokus dan asah bakat demi mengejar impian untuk bergelar penyanyi sehingga berjaya mendapat undangan tersebut pada usia 17 tahun.


Foto: IG

“Saya sebenarnya daripada kecil tak tahu mungkin ada bakat menyanyi sampailah umur saya dalam 6 atau 7 tahun macam tu. Ada kawan-kawan, pengasuh saya ketika itu suka minta saya untuk menyanyi.

“Jadi saya pun sering juga menyanyi untuk mereka. Jadi bila meningkat dewasa, pada zaman sekolah menengah barulah saya mengasah bakat nyanyian saya.


“Selepas itu, bila umur 17 tahun, saya dapat tawaran daripada penyanyi dangdut, Iwan untuk buat album cuma bukan rezeki untuk bersamanya bawah syarikat rakaman muzik BMG pada ketika itu,” katanya.



Nourul berkongsi cerita lamanya itu menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan, baru-baru ini.

Jelasnya lagi, demi kejar impian dia sanggup bekerja sambilan sebagai pelakon tanpa mahu menyusahkan ibu bapa dalam soal kewangan.

“Saya pindah ke Kuala Lumpur pada 1994 dan mula rakam album pertama pada tahun 1995. Kerana nak jadi penyanyi ni kan… saya cakap kat mak, tak nak susahkan dia.

“Jadi di KL saya cari duit sendiri jadi pelakon tambahan pada ketika itu. Dapat duit dalam dua tiga ratus rasa macam dah besar sangat pada waktu tu.

“Perjalanannya tidak mudah, kita nak kena jaga maruah keluarga juga… biasalah anak dara pindah ke KL pada umur 17 tahun. Masa nak buat album pertama tu memang sangat sukar dan banyak cabaran sebab duit tak ada,” katanya lagi.





Meski banyak dugaan, namun penyanyi berusia 44 tahun ini berkata ia merupakan pengalaman berharga buat dirinya untuk dikenangkan.

“Macam dulu duit satu hari saya kena ada minimum 50 sen untuk telefon mak saya, masa tu mana ada telefon bimbit macam zaman sekarang ni dan cuma ada telefon awam sahaja.



“Dulu saya kena keluar berjalan dalam 1 kilometer pergi ke telefon awam untuk telefon mak saya setiap hari untuk bagi tahu yang saya okey.

“Bila dalam perjalanan balik tu, kadang-kadang perut lapar jadi saya beli biskut kering empat segi satu tin dengan Milo paket itulah yang saya makan tiap-tiap hari. Ini merupakan satu pengalaman berharga dan saya akan ingat sampai bila-bila,” kongsinya. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 25-8-2021 01:00 PM
Finally bukan CERITA NAK PINDAH dri sheols..
Quote sarah82 25-8-2021 01:10 PM
Milo kira mahai gak tu..
Quote slyfynx 25-8-2021 01:22 PM
Milo ngn biskut tu dr oversea ke?
Xpe la Nurul.
Aku doakan yang terbaik buat kamu.
Kalau pindah pun, biarla ke tempat yang selamat, dan kamu sekeluarga terlindung dr bencana.
BTW, u are not relevant dah pun.
Xde produk.
Quote LadyCarefree 25-8-2021 01:31 PM
Masih xtau kenapa porumer benci dia.
Quote bulalof 25-8-2021 01:34 PM
kira dgn throwback kisah sedih dan susah ya amat tu boleh dianggap beliau berjaya lah kini?
Quote nakkomenjugak 25-8-2021 01:46 PM
congratssss sebab da tak perlu lalui zaman tu lagi
Quote fadz84 25-8-2021 01:51 PM
bulalof replied at 25-8-2021 01:34 PM
kira dgn throwback kisah sedih dan susah ya amat tu boleh dianggap beliau berjaya lah kini?

X berjaya sebagai penyanyi pun.. hehe
Quote midori_katana 25-8-2021 05:30 PM
Teringat zaman belajar dulu, ada sorang kawan seblok meols, org susah tapi selalu tolak kalau org nak belanja.. dia cakap dia ok, makan ikut kemampuan. Dia makan nasi sehari sekali jer. Kalau lapar dia cuma makan biskut kering cicah air teh… huhuhu.. kesian sheols.. tapi sekarang sheols dah berjaya dan tak susah dah..

Utk tak ot meols rasa milo tu minuman ada2 juga kalau tahun 90an!
Quote ninja boy 25-8-2021 07:14 PM
Lagu raya bagus, lagu awal bagus dan kawin awal sgt 20 tahun
Quote princessmiang 25-8-2021 08:28 PM
Kimekkkknyehhhhhhhh berita Ni nokkkkkkkk?????? Ko ingat ko retis bernombor ke penting sangat burita mcm ni?????
Quote anilanil 26-8-2021 12:12 AM
Biskut kering 4 segi dlm tin?
Milo softpack?
Dua-dua brg makanan kluster kayangan. Ke zaman dulu mmg murah brg2 tu?
Quote Duriand24 26-8-2021 12:22 AM
Sheols ni x berambus gi bali lg ke?
Quote likilu 26-8-2021 12:33 AM
Dia ni masalah berat badan atau bra fitting ye?
Quote Meiizu 26-8-2021 01:09 AM
Sempat spm tak?
Quote oggy 26-8-2021 04:33 AM
Kenapa asyik bukak benang pasal dia..
Quote balakkampung 26-8-2021 08:22 AM
nurul ni baik tau..ada jumpak dia dulu dalam majlis kahwin kawan aku..aku perati dia ramah layan orang nak bergambar dgn dia...makcik2 dan budak2 semua dia layan..senyum tak lekang dari bibir dia.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.048970 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top