Status sebagai suami orang tidak menghalang pelakon Remy Ishak untuk terus berkarya dalam bidang lakonan sekali gus menghiburkan para peminatnya.
Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, dia menyedari ramai dalam kalangan selebriti mengambil keputusan untuk bersara selepas berkahwin. Bagaimanapun pelakon berusia 39 tahun itu tetap akan berada dalam dunia seni kerana ia merupakan minat yang sudah tertanam dalam dirinya. "Saya ada terima banyak pertanyaan mengenai perkara itu (bersara). Saya tahu ada saja rakan selebriti yang ambil keputusan berhenti selepas berkahwin. "Tapi kalau orang bertanya, saya akan jawab yang saya takkan berhenti daripada dunia lakonan sebab ia adalah minat saya... saya minat berkarya dalam movie.
"Itu saja waktu yang saya boleh lari daripada dunia nyata dan saya rasa enjoy. Jadi, saya akan terus berada dalam dunia seni dan berkarya," katanya kepada mStar.
|
udangku replied at 25-8-2021 01:14 PM
Sukanyaaa tengok wife dia, matang and sweet je {:love
lifeline replied at 25-8-2021 02:07 PM
betulramai duk kecam ckp xlawa la apa la
bg aku secocok la dgn remy tu
matang je nmpak wife dia
...
ADVERTISEMENT