CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perjuangan PH Jatuhkan PN 'Wajar Diberi Anugerah Ulung'

25-8-2021 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1474| Komen: 3

Akhirnya, perjuangan Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan kerajaan PN berjaya membuahkan hasil dan antara buktinya dapat dilihat bermula kelmarin.

Misalnya, sebanyak 26 pusat pemberian vaksin (PPV) di Lembah Klang terpaksa ditutup dan bayangkan betapa ramai sukarelawan berjaya direhatkan PH sekelip mata.


Gambar hiasan

Menurut sumber Berita Parodi, selain PH golongan antivaksin juga mengucapkan rasa syukur kerana tidak perlu mencederakan bahu mereka lagi selepas ini dengan suntikan jarum.

“Kami tak percaya vaksin dan vaksin ini adalah agenda Yahudi. Kami takut kalau tiba-tiba kami jadi zombi angkara pembiasan teknologi 5G.


“Terima kasih diucapkan kepada PH kerana berjaya jatuhkan kerajaan PN dan berkat usaha itu, 26 PPV di Lembah Klang berjaya dihentikan operasinya,” ujar sumber lagi.

Sumber berkata demikian mengulas penutupan 26 PPV membabitkan daerah Gombak, Klang, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Kuala Lumpur sudah ditutup bermula semalam.

Kata sumber lagi, usaha PH wajar diberikan anugerah yang ulung kerana selepas ini tidak ramai rakyat Malaysia yang perlu menerima vaksinasi lagi.


Gambar hiasan
 
“Yang menjadi keutamaan kami ketika ini, bagaimana untuk menyelinap masuk ke premis untuk lepak-lepak sambil ‘dine-in’ dan merancang percutian secara terbuka.

“Namun yang pasti, sekiranya kami berjaya melakukan eksperimen sosial itu dan menghebahkannya dalam media sosial, kami yakin PH akan sentiasa ada di belakang kami,” katanya lagi.


Sumber: Suara Merdeka
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nikaido 25-8-2021 01:45 PM
Bodoh betul wartawan @CARI-MAL ni. Sumber dr Berita Parodi pun amik buat thread dkt CI
Quote Jolabu 25-8-2021 02:51 PM
Bodoh ke apa statement, pn jatuh sebab Jahid Hamidi and gang tarik balik sokongan pada muhyidin
Quote illa 25-8-2021 02:53 PM
sbb apa ppv ditutup? dah abis ke org2 yg nk divaksin?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.169430 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top