Bimbang keselamatan pekerja selepas 10 ahli keluarga dijangkiti wabak Covid-19, Aiman Tino membuat keputusan menutup kedai makannya buat sementara.
Ujar Aiman, dia mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak diri dan pekerjanya daripada dijangkiti virus maut ini. “Saya tutup kedai masa ahli keluarga kena Covid-19, saya ambil langkah berjaga-jaga sebab saya paranoid masa tu. “Saya fikir balik daripada saya kena benda tu, takut staff saya pun kena lebih baik tutup dulu kedai,” katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT