Selain warga Indonesia, ramai juga di antara kita gemar memilih pembantu rumah di kalangan rakyat Filipina.
Meskipun banyak perbezaan dari segi bahasa, namun hal itu tidak meletakkan jurang besar di antara majikan dan pembantunya. Mungkin itulah sebabnya kenapa seorang bibik ini boleh bertahan kerja sehingga lima tahun. Siapa sangka hubungan antara majikan dan pembantu rumah tersebut tular di Filipina. Sebuah rancangan TV akhirnya mengeluarkan satu episod khas ‘Salamat, Pinay Nanny’ menampilkan temu bual bersama pekerja tersebut yang dikenali sebagai Maria serta seisi keluarga Puan Ismaniza.
Difahamkan, pekerja itu baru sahaja pulang ke Filipina untuk berehat selepas mengalami masalah kesihatan. Sepanjang bekerja, Puan Ismaniza mengakui wanita itu seorang bibik yang cukup rajin dalam menjalankan tugasnya dari segala aspek. Hubungan mereka cukup rapat, malah Puan Ismaniza pernah membawa suami pembantunya itu datang ke Malaysia sebagai satu kejutan. Menerusi rancangan berkenaan, majikan tersebut bersetuju memberikan kejutan lain pula iaitu renovasi rumah yang didiami Maria sekeluarga. Sumber: Kisah Dunia
|
Orix replied at 26-8-2021 10:09 PM
Eh bukan ke syarat nk amek onggaji bg org muslim onggaji nya juga wajib org muslim xleh non moslem ? ...
hanihan16 replied at 26-8-2021 05:55 PM
i pulak yg tompang sedih tapi kdg2 cringe dgn inggerishnya tapi sedih laaa pulak, macam drama. ...
white_musk replied at 28-8-2021 03:55 PM
Itu syarat nak ambil orang gaji atau nak buat laki/bini?
Orix replied at 28-8-2021 07:13 PM
Onggaji. Serious iols pernah enquire benda ni dlu. 2 tahun lepas
ADVERTISEMENT