CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Saya Yang Songlap Duit Andi Bernadee" - Amir Hasan

26-8-2021 06:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4328| Komen: 6

Kawan makan kawan! Tidak semena-mena nama penyanyi Amir Hasan dipetik netizen kerana didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab menghilangkan wang milik rakannya, Andi Bernadee berjumlah RM70,000.


Terkejut dengan tuduhan itu, Amir atau nama sebenarnya Amir Abu Hasan, 25, tampil mempertahankan diri.


Kredit foto: IG Amir

"Semalam selepas saya video call dengan kawan, saya buka IG tiba-tiba banyak mesej dan komen daripada netizen yang menyerang saya.

"Mereka tuduh saya sebagai individu yang ambil duit RM70,000 milik Andi. Banyak cacian dan makian daripada netizen yang saya terima.


"Mungkin netizen syak saya sebab hint yang Andi berikan. Kebetulan memang jangka masa saya kenal Andi sudah dua hingga tiga tahun.

"Andi pun antara orang yang banyak bantu saya masuk dalam industri. Memang saya kawan baik Andi tapi saya bukan individu yang didakwa," katanya kepada mStar.



Terdahulu, Andi menerusi laman Instagram turut menegaskan Amir Hasan bukan individu yang mengambil wang hasil kerja kerasnya sepanjang tahun ini.

Andi turut memohon agar semua netizen berhenti membuat andaian dan menuduh rakan-rakan selebritinya.

"Saya terkejut ada rakan-rakan artis yang telah dituduh berikutan kes 'pecah amanah' saya. Saya mohon kepada 'jabatan netizen' hentikan aktiviti fitnah-memfitnah untuk mengisi masa lapang.

"Saya dah serahkan semuanya kepada pihak polis dan peguam. Doakan saya, agar dapat tegakkan kebenaran dan hak saya setelah berhempas pulas demi mencari rezeki untuk saya dan keluarga," tulis.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bicaramu ini mengakui dia sedih dengan tindakan segelintir netizen turut membabitkan Allahyarham bapanya dalam hal itu.

Kata Amir, netizen mencaci arwah bapanya sebagai tidak memberi didikan yang betul sehingga dia sanggup berbuat demikian.

"Paling saya sedih apabila ada netizen yang mengaitkan nama arwah bapa saya. Dia komen kata bapa saya tak beri duit ke sampai nak curi duit orang.

"Tapi individu tersebut telah memadam komen itu. Malam tadi pun saya ada hubungi Andi untuk beritahu benda ini," ujarnya.



Menerusi laporan mStar, Andi mendakwa ditipu rakan baik yang juga pembantu peribadinya sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM70,000.

Susulan itu, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile​, 30, membuat laporan di Ibu Pejabat Balai Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

Dakwa Andi individu tersebut menggunakan aplikasi WhatsApp miliknya untuk berkomunikasi berkaitan urusan kerja yang melibatkan transaksi bayaran.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 26-8-2021 06:24 PM
Nape tak bgtau je name penuh PA dia tuh....kan senang.
Quote nakkomenjugak 26-8-2021 06:26 PM
kesian ko dek non
iol tak paham kenapa nak kena heret makpak sekali
melampau betul
Quote LuvAurora 26-8-2021 06:30 PM
Heols ni ritu tgk dlm big stage ada edisi tunjuk mcm rumah family.. Nampak mcm anak org kaya.. Kesian betul kena fitnah
Quote Fortiori02 26-8-2021 10:22 PM
Netz pun main serkap jarang je, rupanya silap org. Kesian org tak bersalah jd mangsa kutukan.
Quote hyie 26-8-2021 10:24 PM
LuvAurora replied at 26-8-2021 06:30 PM
Heols ni ritu tgk dlm big stage ada edisi tunjuk mcm rumah family.. Nampak mcm anak org kaya.. Kesia ...

good looking pun iye jugak, namun vokal heshe amat haus di aidilfitri yach
Quote ellZack 26-8-2021 10:37 PM
kotakominami replied at 26-8-2021 06:24 PM
Nape tak bgtau je name penuh PA dia tuh....kan senang.

Dah start kes polis, kena berhati hati dalam menulis dan bercakap.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.340041 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top