CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Keganasan Rumah Tangga Meningkat Di Perlis

27-8-2021 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1594| Komen: 6

Kangar: Terdapat peningkatan sebanyak 12 kes keganasan rumah tangga membabitkan wanita di Perlis sehingga bulan lalu terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan sejak tahun lalu.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan Masyarakat dan Tugas-Tugas Khas Negeri Perlis, Siti Berenee Yahaya berkata, jumlah berkenaan sangat berbeza dengan kes yang direkodkan pada Jun hingga Disember tahun lalu iaitu hanya empat kes sahaja.


Foto: Harian Metro

"Jika dilihat pada kenaikan itu adalah sangat ketara rentetan tekanan hidup yang dialami oleh ramai orang terutama pasangan suami isteri.

"Ada suami isteri kehilangan kerja dan tiada punca pendapatan ditambah dengan anak yang tidak dapat bersekolah menambahkan lagi tekanan perasaan setiap individu terutama ketika pelaksanaan PKP.


"Oleh hal demikian, kita menawarkan khidmat bantuan nasihat melalui kaunselor bertauliah dari Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kepada pasangan atau keluarga bermasalah ini dalam mengharungi cabaran hidup pada waktu ini," katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Undangana Negeri (DUN) Negeri Perlis ke-14 di Kompleks DUN, di sini, hari ini.

Katanya, dalam masa sama sebanyak 31 peratus panggilan khidmat kaunseling diterima oleh kaunselor dari agensi dan jabatan terbabit di mana sebahagiannya menghadapi masalah rumah tangga.

"Bagaimanapun, tidaklah semua membawa kepada keganasan rumah tangga dan nasihat yang diberikan juga, Alhamdulilah ada yang dapat diselesaikan dengan cara elok.

"Namun, ada juga yang berakhir dengan penceraian di mana rekod kita menunjukkan sepanjang tahun lalu sahaja sebanyak 576 kes penceraian.

"Rekod menunjukkan dari Januari hingga awal Ogos tahun ini sahaja, 264 kes penceraian berlaku dan bagi saya ia jumlah yang tinggi untuk lapan bulan pertama ini," katanya.

Siti Berenee turut mendedahkan golongan murid dan pelajar sekolah di Perlis turut terkesan dengan tuntutan untuk belajar menerusi kaedah Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PDPR).

"Tiada masalah dengan PDPR ini namun yang menjadi masalah di sebaliknya itu adalah ada murid dan pelajar tiada peranti atau terpaksa berkongsi peranti atau gajet telefon mudah alih dengan adik beradik lain serta ibu bapa.

"Jika ibu bapa keluar bekerja, maka mereka terpaksalah berkongsi bersama adik beradik untuk sesi PDPR ini dan ini menyebabkan murid dan pelajar tertekan dalam menghadapi keadaan ini.

"Walaupun tidak banyak, nama kes sebegini wujud dan kaunseling turut diberikan kepada murid dan pelajar ini supaya mereka dapat terus belajar dan mengatasi masalah ini," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 27-8-2021 07:41 AM
lama sgt duk umah kot
Quote cmf_premierleag 27-8-2021 08:31 AM
Aku terbaca as kes keganasan meningkat di PARIS
Oh perlis rupanya
Quote nakkomenjugak 27-8-2021 02:44 PM
kesiannnn...
dah kawen macam ni pulak ceritanya
Quote batmana 27-8-2021 02:54 PM
gaduh2 tu biasa dlm kawin

klu patah riuk tu luarbiasa

ni kategori cmne la agknye
Quote nononcrux 27-8-2021 03:40 PM

betul la tu, otak tepu.. aku pon kadang tertingi suara kalau laki tanya tanya.. asik nak marah-marah je.. nasib laki bukan jenis penyabar

Quote gideoncross 30-9-2021 08:30 AM
Zmn skrg ni prkhwinan mcm dh jadi game je, nk, simpan, xnak, d buang. Even kwn iol pun prnh bgitahu iol yg dia sbnarnya bila dh jdi bini org, dia rsa pnat sngt & kdg2 ada rsa nak single blik.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.310120 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top