Seorang wanita menjadi perhatian netizen kerana berkongsi mengenai jumlah wang gajinya selama empat tahun yang jarang ‘disentuh’ kerana sering menggunakan duit belanja pemberian suaminya, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita tersebut mengakui amat jarang menggunakan wang gaji tersebut sehingga menjadikan jumlahnya meningkat kepada 161.5 juta rupiah (RM47,000). Menurut wanita tersebut, dia secara tiba-tiba berasa ingin memeriksa jumlah wang simpanan gajinya itu menerusi aplikasi perbankan mudah alih. Dia bagaimanapun terkejut apabila melihat jumlah wang simpanannya itu mencecah 161.5 juta rupiah (RM47,000).
“Saya teruja untuk memeriksa wang simpanan menerusi perbankan mudah alih bagi gaji yang tidak pernah diambil selama empat tahun ini. Ternyata, inilah hasilnya,” katanya dalam keterangan pada video tersebut. Tambah wanita itu, dia mengakui wang gajinya itu berjaya dikumpul kerana sering diberi wang belanja oleh suaminya. “Selama ini, saya sering diberi duit belanja oleh suami. Jadi, duit gaji sendiri saya jarang ambil,” ujarnya. Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan ramai yang memuji sikap suami wanita berkenaan yang melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. “Itu tandanya suami anda berjaya memenuhi keperluan dan nafkah anda dengan baik. Jadi, wang hasil gaji sendiri dapat disimpan,” komen seorang pengguna. “Nampaknya, bukannya saya tidak mempunyai wang, cuma belum ada yang memberi nafkah,” kata seorang lagi. -CARI Sumber: Kosmo
|
edayildiz replied at 27-8-2021 11:10 AM
untung ler ada shuben payung..mcm kolig suka post psl ni..sikit2 up status laki byrkn keta la...laki ...
green~tea replied at 27-8-2021 11:28 AM
Seram iols nak up laki dalam medsos.. hahhahaha.. baik wat biasa2 je.. takmo laa orang lain ter ...
blekkep replied at 27-8-2021 11:38 AM
sikitnyer gaji....4 thn rm47k jah?
batmana replied at 27-8-2021 11:15 AM
Takde pn pelik.
Kalu amik gmba kain kafan,kapur barus lot kubur no braoa.posting socialmed kata s ...
uda replied at 27-8-2021 11:05 AM
Ala.. i pun tak sentuh lagi gaji I untuk tahun 2022 dan 2023
edayildiz replied at 27-8-2021 11:10 AM
untung ler ada shuben payung..mcm kolig suka post psl ni..sikit2 up status laki byrkn keta la...laki ...
edayildiz replied at 27-8-2021 11:10 AM
untung ler ada shuben payung..mcm kolig suka post psl ni..sikit2 up status laki byrkn keta la...laki ...
midori_katana replied at 27-8-2021 12:13 PM
chuols caya ker apa yg koliq chuols kater tu? meols antara 2 ja la org yg dok jaja kisah kebahagia ...
ADVERTISEMENT