Sebuah video di Indonesia menjadi tular di media sosial kerana memaparkan aksi seorang isteri merayu kepada seorang wanita yang didakwa merupakan kekasih suaminya, lapor laman berita Suara.com semalam.
Kejadian yang dikatakan berlaku di wilayah Sumatera Selatan itu memperlihatkan wanita berkenaan menundukkan kepalanya kepada wanita perampas tersebut sambil menangis dan merayu. “Saya mohon jangan rampas suami saya. “Saya minta maaf dengan kamu jika saya ada berbuat salah. Tolong selamatkan rumah tangga saya,” rayu wanita tersebut. Teman wanita suaminya itu kemudiannya dilihat turut terduduk dan menangis sambil mengelap air matanya.
Video tersebut dimuat naik di Instagram dan menjadi tular dengan rata-rata netizen meluahkan rasa marah mereka melihatkan situasi itu. “Jangan jatuhkan maruah sebagai seorang isteri,” komen seorang pengguna. “Bagus cara yang digunakan wanita ini dengan tidak menggunakan kekerasan,” kata seorang lagi.-CARI Sumber: Kosmo
|
matbad replied at 27-8-2021 10:25 AM
sebut indon ja malas caya
Friska replied at 27-8-2021 11:38 AM
Setiap hari pasti ada berita dari Indonesia di forum ini ya
Friska replied at 27-8-2021 11:38 AM
Setiap hari pasti ada berita dari Indonesia di forum ini ya
Friska replied at 27-8-2021 11:38 AM
Setiap hari pasti ada berita dari Indonesia di forum ini ya
ADVERTISEMENT