Tindakan seorang isteri membuang semua juadah yang dimasak selepas berang suaminya tidak mahu makan di rumah mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat. Wanita itu menerusi video yang dimuat naik dalam TikTok memberitahu, dia berasa sedih dan kecewa kerana suaminya pergi makan di kedai biarpun dia sudah masak pelbagai jenis lauk.
“Maaf ya Allah, bukan niat saya untuk buang rezeki ini, tetapi rasa sakit hati selepas suami lebih sanggup makan di luar bersama rakan-rakan dari makan yang saya masak,” katanya. Dalam video tersebut, kelihatan wanita itu membuang semua makanan yang disimpan dalam bekas ke tong sampah. Kesemua makanan tersebut nampak masih elok dan boleh dimakan lagi. Selain itu, wanita tersebut juga membuang kesemua barang untuk memasak termasuk bahan mentah seperti sayur-sayuran dan cili.
Pengguna TikTok yang menyaksikan rakaman video itu meninggalkan pelbagai komen. Ada dalam kalangan mereka menyokong perbuatan wanita tersebut dan ada juga yang menasihatkannya supaya jangan dibuang, sebaiknya disedekahkan kepada orang yang memerlukan.
|
belacan_gurl: Adoii pelik btoi la....ko sbg isteri kena la bijak.. buat apa la gi buang semua rezeki tu...kalo dah laki ko mkn luar...ko simpan jerla lauk2 ni..esok ...
Friska replied at 27-8-2021 04:34 PM
Jika suami tidak betah di rumah sendiri dan lebih senang makan di luar sama teman-temannya, si istri ...
ADVERTISEMENT