Kecoh di laman sosial mengenai sepasang kekasih yang cedera parah disamun tiga lelaki di Jalan Kuching menghala pusat bandar tengah malam semalam.
Harian Metro melaporkan, dalam kejadian 12.10 tengah malam itu, mangsa lelaki cedera di muka dan badan manakala kekasihnya yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) cedera di bahu kanan dan tidak sedarkan diri. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mangsa lelaki mendakwa ketika kejadian mereka menaiki motosikal Y15ZR sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal RS150 berwarna kelabu.
"Suspek menarik tangan mangsa dan melibas mangga rantai motosikal pada bahagian belakang topi keledar dipakai mangsa. "Mangsa kemudian membuat pusingan dari Jalan Kuching menghala ke pusat bandar, namun sekali lagi dihimpit motosikal sama dan suspek menendang motosikalnya sehingga menyebabkan hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan sebelum motosikalnya dilarikan," katanya. Sementara itu, dua saksi kejadian yang juga sepasang kekasih menerusi Instastory mendakwa mangsa wanita kini koman dan tangannya terpaksa dipotong. Namun, agak terkilan apabila warganet menjatuhkan hukum terhadap mangsa dengan mengatakan ia sebagai peringatan buat mereka yang berdua-duaan pada lewat malam. Enggan membiarkan orang ramai terus membuat andaian negatif, saksi menempelak tuduhan mereka. Jelasnya, kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang dari mencari rezeki sebelum kejadian kejam itu berlaku. Dia turut memberi peringatan supaya memikirkan perasaan keluarga mangsa sebelum mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati banyak pihak. Semoga mangsa diberi kesempatan untuk sembuh dan suspek menerima balasan setimpal atas perbuatan kejam mereka. - CARI
|
KIM.K replied at 27-8-2021 03:24 PM
Syafakilah..macamana keadaan tangan adik ni sampai doktor terpaksa potong?
kurga replied at 27-8-2021 03:47 PM
baca kat gambar tu..mcm kena langgar lepas dorang jatuh..so, maybe tangan kena gilis la kot... sia ...
ADVERTISEMENT