Nama bekas ratu cantik Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James kembali hangat diperkatakan di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Ia berikutan sebuah hantaran Samantha baru-baru ini mencetuskan kecaman orang ramai kerana enggan memakai pelitup muka dan bangga berbuat demikian di khalayak ramai. Menyifatkan topeng tersebut seperti lampin, Samantha berkata, dia sama sekali tidak akan memakainya melainkan pada keadaan tertentu termasuklah ingin menyembunyikan identitinya. Dalam pada itu, Samantha turut berbangga apabila dia dan rakannya menjadi perhatian ketika berbuat demikian di sekeliling orang ramai yang memakai pelitup muka.
Malah, dia juga bangga apabila tindakannya itu berjaya meyakinkan orang lain untuk turut membuang pelitup muka mereka. Di media sosial, rata-rata meluahkan rasa kesal serta mengecam tindakannya yang dilihat melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) di tempat umum. Terdahulu, Murai.my melaporkan Samantha pernah dikritik ramai kerana meluahkan pendapat yang berbaur perkauman ketika protes #BlackLivesMatter berlangsung. Sumber: Murai
|
Skuau replied at 27-8-2021 03:51 PM
baca wiki dia..buat aku terkejut....
fadz84 replied at 27-8-2021 03:54 PM
Apsal ngn wiki dia?
lonely_classic replied at 27-8-2021 04:30 PM
"has never met her biological father, and her biological mother left her in a foster care from the ...
lonely_classic replied at 27-8-2021 04:30 PM
"has never met her biological father, and her biological mother left her in a foster care from the ...
mogey replied at 27-8-2021 05:32 PM
Kalu anak kacuk mcm dia ni laku keras kat orphan home.. kejap je dah ada org adopt.. pelik lak dia ...

ADVERTISEMENT