CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kitar Semula, Kabinet Ismail Sabri Menghampakan Rakyat – Anwar

27-8-2021 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5484| Komen: 49

Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang banyak mengekalkan muka lama dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu disifatkan sebagai barisan menteri kitar semula.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat kecewa dengan langkah Ismail Sabri mengembalikan semula menteri muka-muka lama dalam kerajaan untuk membantu beliau menguruskan Putrajaya.



Kredit foto: FB

“Reaksi spontan dalam kalangan rakyat agak mengecewakan dan menghampakan kerana ia hanya kitaran semula seperti mana yang diuar-uarkan di media sosial dengan gurauan Kabinet baru, Kabinet lama dan macam almari yang tidak ada perubahan,” katanya dalam satu video respon balas kepada permbentukan jemaah menteri di bawah Perdana Menteri kesembilan itu hari ini.

Ismail Sabri dalam pengumuman khas Kabinet pagi tadi mengekalkan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kanan Kerja Raya; Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin sebagai barisan Menteri utamanya.


Malah sebagai pembangkang, Anwar berkata, pihaknya kecewa dengan perkembangan itu kerana tidak ada perubahan drastik yang dicerminkan oleh Ismail Sabri.

“Langkah yang diambil hanya kitar semula menteri-menteri yang tidak menunjukkan keupayaan menangani keupayaan ini secara berkesan.

“Oleh yang demikian sambutan sangat menghampakan, apa yang kita harapkan sekarang ialah satu perubahan tetapi ini tidak berlaku,” katanya lagi.


https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/videos/2503999296410164

Justeru itu, Anwar berkata, sebagai pembangkang pihaknya akan menjadi pasukan semak dan imbang kepada kerajaan baharu Ismail Sabri bagi memastikan kepentingan rakyat diutamakan di sebalik penularan pandemik Covid-19.

Selain lima menteri kanan itu, barisan Kabinet hari ini turut menampilkan muka-muka lama antaranya Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid (Menteri Pembangunan Luar Bandar), Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim ( Menteri Wilayah Persekutuan).

Dua muka baharu adalah Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu (Menteri Belia dan Sukan),dan Idris Ahmad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). 


Sumber: MalaysiaGazette
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redskin 27-8-2021 06:08 PM
Iya la tu raykat kuciwa kata ko Anwart..

Sebenarnya rakyat sgt gumbira takde muka Anwar, muka Gonejeng, muka Teresa Kiok dlm
barisan kabinet PN.

Of course la tak banyak pertukaran menteri2 sebab masih namanya Kerajaan  PN.

PN tak tombang lagi weyyy..
Quote subee 27-8-2021 06:10 PM
Kuciwa kerna adanya Shahidan dan Noh Udang!
Quote matbad 27-8-2021 06:38 PM
keciwa tu Dato Sri sorg ja hihi
Quote Normabaru 27-8-2021 06:46 PM
MangKuk2 ni sume retak tp masih disimpan..xsabar tggu pru15
Quote auntyonion 27-8-2021 06:56 PM
Kita tgk camne pegi dia {:handsome
Quote Belibis 27-8-2021 07:17 PM
Rakyat kecewa..ko lagi laaaa kecewa..
Quote Dovahkiin 27-8-2021 07:37 PM
Mengecewakan sebab kau xde dalam kabinet.
Quote CiliPadiSedap 27-8-2021 07:43 PM
same people same result dont expect extraordinary result.
Quote tripleid 27-8-2021 08:02 PM
Edited by tripleid at 27-8-2021 08:03 PM






DAH LUDAH JILAT BALIK ?


Muka tak tahu malu, sorang letak jawatan Menteri lepas tu terima balik jawatan Menteri yg sama.

Sorang berdegor2 ugut tarik sokongan kerajaan PN lepas tu terima jawatan Menteri untuk dapat nyawa.

Begitulah wajah2 sebenar UMNO yang gila kuasa gila jawatan, tapi dituduhnya difitnahnya Anwar DAP gila kuasa.
Quote MontanaHannah 27-8-2021 08:09 PM
Justeru itu , selaku ketua samseng pembangkang nakharom anwar laki jijah adalah lebih baik berdiam diri dari beri komen

sebab komen ko sungguh celaka
Quote nakkomenjugak 27-8-2021 08:11 PM
kabinet hauks cabuks
tengok laa jela kan apa jadik nanti
Quote zidane_ziege 27-8-2021 08:13 PM
patutnya kau happy..kalau umno perform..kau kelaut
Quote R2D2 27-8-2021 08:21 PM
PH hampa la tu
kerajaan lepas pelawa kerjasama
jual mahal

mengharap dlm kerajaan baru dpt la post TPM
sebab bawa support keluarga Malaysia
LKS pun asyik meroyan minta PH diberi post TPM

alih2 tak tersenerai
menangis la di bucu katil
Quote sekngucing 27-8-2021 08:22 PM
Ekonomi makin teruk

Akhlak rakyat makin teruk

Kabinet semua penyamun/pelingkup negara..dan hampir 100% melayu islam pulak tu

Allah nak tunjuk..yg kaum.melayu sendiri pelingkup negara melayu

Quote coolpsyrie 27-8-2021 08:31 PM
i Have the number 16 sept 2008 - 2021
Quote stingerlympics 27-8-2021 08:32 PM
Anak jiran aku yg 3 tahun menyebut ....pak mael wants to prove to the rakyat that there has never been the isu of the kerajaan yg terdahulu gagal TOTAL ,yg melibatkhen kegagalan bersama menteri2 of various ministries dan pimpinan bawahan....tapi lebih pada the TOP leadership yg gagal mengemudi kapal...

So that is why he brought in again most of the same faces to prove that he can be a better overall leader this time..around..

Dan aku percaya that you all dont see what a 3 yr old kid sees right?
Quote Cassieopeia 27-8-2021 08:36 PM
Kecewa jgk tp syukur pakcik nuar xde dlm tu..
Quote totokreturn. 27-8-2021 08:42 PM
jom nyayi lagu umnok terus maju.....
Quote Fortiori02 27-8-2021 08:58 PM
Kita pun tau sape yg plg kuciwa diri masih tak terpilih walaupun dh mcm2 komplot dirancang

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047713 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top