Setahun yang lepas, penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul gigih berdiet dan bersenam demi menghasilkan dua lagu baharunya ketika itu. Biarpun turun sebanyak enam kilogram ketika itu, namun penampilannya masih kelihatan tidak terlalu menyerlah. Bagaimanapun, gaya pelantun lagu Sepi kali ini nampak sangat berbeza. Dia kelihatan lebih kurus dan pipinya juga lebih runcing! Bagi para pengikutnya, Queen, gelaran yang diberikan kepada Aina sebenarnya lebih kurus berbanding tahun lepas.
Tiada penjelasan daripada Aina tentang persoalan daripada peminatnya, namun itu sudah cukup menggambarkan kesetiaan mereka terhadap penyanyi kesayangan. Dan ini adalah penjelasannya tahun lalu. "Saya lebih yakin menerokai fesyen selepas turun berat badan. Sebenarnya, saya nak diet ekstrim untuk. Tapi, memadai kehilangan enam kg dan saya boleh pakai pelbagai rekaan baju." Jadi, ianya bukan lah kerana solekan atau teknik fotografi. Tahniah Aina Abdul. - CARI |
aemon replied at 30-8-2021 11:06 AM
muka pau dia lagi comel
cicicumel replied at 30-8-2021 12:37 PM
effort dia buat cover lagu dgn props, music baru, mekap, semua harus dipuji lah..
no wonder setiap ...
jfq replied at 30-8-2021 01:02 PM
Muka dia bukan bnyk kawah lobang ke
Kalau kat tv camera pi zoom dekat mmg terserlah coverla dgn mek ...
ADVERTISEMENT