CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala Anak Tersangkut Di Siling

30-8-2021 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3878| Komen: 28

Sepasang ibu bapa digemparkan dengan penemuan 'bebola rambut' yang mengerikan di siling rumah mereka, seperti dalam filem seram.

Bagaimanapun, ia sebenarnya merupakan insiden kepala anak mereka yang tersangkut di sebuah lubang di lantai ruang tamu di tingkat pertama kediaman mereka.


Insiden menggemparkan itu berlaku di Puding di wilayah Guizhou, China, pada Jumaat.


Foto: Weibo

Lubang berkeluasan lapan inci itu dibuat untuk sistem kipas pengudaraan yang akan dipasang antara dua aras kediaman tersebut.

Namun, kejadian malang menimpa kanak-kanak perempuan tersebut yang bertindak memasukkan kepalanya di lubang, sebelum menyedari kepalanya tersangkut di sudut bilik.


Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian menemui kepala yang 'menyeramkan' dengan rambut panjang kelihatan tergantung ke bawah, di siling.

Seorang anggota cuba menolak kepala kanak-kanak itu dari tingkat bawah, sementara yang lain memegangnya dari tingkat satu.


Foto: Weibo

Pada mulanya mereka menggunakan playar untuk melebarkan lubang, tetapi cubaan tersebut gagal.

Mereka kemudian meletakkan minyak sayuran di kepala kanak-kanak itu sebelum ia berjaya dikeluarkan.

Pasukan bomba mengambil masa kir-akira 40 minit untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tersangkut.


Foto: Weibo

Kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan ibu bapanya mengesahkan mangsa tidak mengalami kecederaan. - CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 30-8-2021 09:49 AM
Ok this is absolutely scary… napelah tk hide lubang tu..
Quote bakingsoda 30-8-2021 09:51 AM
jgn curious sangat dekk
Quote insulin 30-8-2021 09:51 AM
Ohhh. Memang seram.
Quote noor2 30-8-2021 09:58 AM
..maaf gelak...ko x de keja lain ke nak
Quote rosmahisham 30-8-2021 10:01 AM
Ya ampon..g msuk kepala dlm lubang tu dh knp? Harus trauma seumur hidup
Quote VioletsAre_Blue 30-8-2021 10:03 AM
Budak dah besar masih lagi buat benda2 pelik
Quote Kurex 30-8-2021 10:29 AM
Ju On            
Quote Skuau 30-8-2021 10:30 AM
nak buek canna....'semangat ingin tau/mencuba'...memang sebati di usia sebegini...
Quote AnBulisia 30-8-2021 12:27 PM
lubang dan kepala
memang tak dapat dipisahkan
Quote twins 30-8-2021 12:31 PM
selalu kalau insiden2 yang pelik2 mesti kat China.....
aduuuuuhhhh.... macam2 la dorang niiii....
Quote MarryPottet 30-8-2021 02:22 PM
Xiao mei wat hal lagik
Quote dua_chzy 30-8-2021 02:28 PM
Buduh punya budak. Jika ini anak akak harus akak aibkan hingga kertu dok ungkit2 peristiwa ni. Nak kasik ibu ayah kau mati awal kena sakit jantung ka dek?
Quote noor2 30-8-2021 02:29 PM
dua_chzy replied at 30-8-2021 02:28 PM
Buduh punya budak. Jika ini anak akak harus akak aibkan hingga kertu dok ungkit2 peristiwa ni. Nak k ...

...samala kita
Quote nipskacang 30-8-2021 02:30 PM
Kau dh kenape dekkkkk
Quote any42 30-8-2021 02:38 PM
ya ampun dikkkk. klau tdgr bunyi tangisan syahdu tresak2 nmpak pulak rmbut tjuntai gitu mau kna jantung pengsan trus

nk explore ape dlm lubang tu dik. nmpak msa dpn ke.hehe. yg pnting jaga lobang sndri jgn bg sebarang org explore ye dik.
Quote namr 30-8-2021 02:50 PM
Aneh2 je ko ni budak oi
Quote cmf_premierleag 30-8-2021 02:51 PM
bodohnya kau ni dik
Quote nakkomenjugak 30-8-2021 03:54 PM
kids do stupid stuff i swear.
wajar dimasukkan dalam porum reddit sebagai bahan gelak untuk seisi keluarga
ju on betul haaa
Quote edayildiz 30-8-2021 03:57 PM
kang dah kene carut ngn acik poremer

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.070135 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top