Bekas Menteri Informasi Afghanistan, Syed Ahmad Shah Saadat yang kini mendapat perlindungan suaka di Leipzig, dilaporkan meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai penghantar makanan. Media tempatan berjaya merakamkan gambar Syed Ahmad dalam perjalanan menghantar pesanan piza kepada pelanggannya di Leipzig.
Beberapa keping foto yang menyaksikan Syed Ahmad menaiki basikalnya di sekitar bandar dan menghantar pesanan dari pintu ke pintu dikongsi media tempatan dan Al Jazeera Arabia sebelum ia menjadi tular. Syed Ahmad sudah setahun meninggalkan Afghanistan selepas bimbang dengan agenda Taliban dan kini terpaksa menyara kehidupannya dengan pekerjaan baharu itu. Beliau juga dilaporkan mengesahkan bahawa gambar yang tular di media sosial adalah dirinya ketika temu bual bersama Sky News Arabia. Sementara itu, wartawan Jerman yang mendakwa melihat Syed Ahmad di jalan turut menegur bekas menteri itu sebelum menceritakannya semula di Twitter.
"Beberapa hari lalu, saya menemui lelaki yang mengakui dirinya adalah Menteri Informasi Afghanistan, dua tahun lalu. Saya bertanya kepada beliau, apa yang dibuatnya di Leipzig. "Beliau memberitahu bahawa sedang menghantar pesanan melalui perkhidmatan penghantar makanan Lieferando," katanya. Sumber: BH Online
|
matamata replied at 30-8-2021 10:58 AM
Lambatla kau... Org dah buat thread pasal benda ni dah lama dah... Tak tau pakai function search ke? ...
R2D2 replied at 30-8-2021 01:32 PM
hampir semua Editor CARI dlm CI masalah sama
buka thread lewat
time nak buka tak search betul2
R2D2 replied at 30-8-2021 01:32 PM
hampir semua Editor CARI dlm CI masalah sama
buka thread lewat
time nak buka tak search betul2
whitebeard replied at 30-8-2021 02:37 PM
@admin6 terus la
Komplen kat dia
R2D2 replied at 30-8-2021 02:43 PM
Admin, SMOD, MOD
semua tiga level
dh report la
R2D2 replied at 30-8-2021 01:32 PM
hampir semua Editor CARI dlm CI masalah sama
buka thread lewat
time nak buka tak search betul2
uori replied at 30-8-2021 10:44 AM
kalau menteri2 kat negara isketambola, dah takde jawatan pun hidup senang lenang tujuh keturunan
ADVERTISEMENT