Selepas lima bulan mengikat tali pertunangan, penyanyi lagu Cute Harith Zazman akhirnya sah bergelar suami kepada model Nuramalina Ghakaskhah pada Sabtu.
Harith atau nama sebenarnya Mohamad Harith Saifulzazman yang diijab kabul di Pejabat Agama Hulu Langat bersyukur semuanya majlis sederhana itu berjalan lancar. "Ikutkan perancangan, memang saya dan isteri pilih tarikh 28 Ogos untuk bernikah dengan adakan majlis di Kuala Lumpur tapi keadaan sekarang tidak mengizinkan. "Alhamdulillah... walaupun tidak seperti yang dirancang tapi semuanya dipermudahkan. Kami hanya bernikah di pejabat agama sekitar 4 petang. "Akad nikah mengambil masa dalam 20 minit sahaja kemudian pulang ke rumah untuk bergambar dan makan bersama keluarga," katanya kepada mStar.
Terdahulu, Harith berkongsi berita gembira itu laman sosial Instagram miliknya. Penyanyi berusia 27 tahun itu turut berkongsi foto dia menyarungkan cincin di jari isteri tersayang yang juga model muzik video lagu Cute dengan luahan rasa kesyukuran. Dalam pada itu, Harith memberitahu mereka tidak mempunyai perancangan dalam soal zuriat memandangkan negara dalam keadaan tidak stabil akibat pandemik Covid-19.
"Soal anak, kami memang tiada apa-apa perancangan. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah tapi kami tidak terlalu rushing untuk dapatkan anak. "Lagipun, waktu sekarang ini tak berapa sesuai untuk dikurniakan cahaya mata... tunggu negara dalam keadaan stabil.
"Sekarang ini, saya nak enjoy dahulu dengan status sebagai suami dan tanggungjawab baharu bersama isteri," ujarnya. Pasangan ini bertunang pada 13 Mac lalu selepas genap setahun perkenalan di Instagram. -CARI Sumber: mStar Online
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|