CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarat Kemasukan MRSM Mendiskriminasi Pelajar Bukan Bumiputera, Bumiputera

6-9-2021 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13686| Komen: 139

Seorang pemimpin wanita PKR menggesa lepasan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dibenarkan memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Ahli Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat, Sivamalar Genapathy juga mahu perkara sama bagi pelajar lepasan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI).




Beliau mengulas syarat kemasukan MRSM sesi 2022 yang menghadkan kemasukan calon kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sahaja.

Katanya, langkah tersebut bukan sahaja mendiskriminasi pelajar bukan bumiputera tetapi juga pelajar bumiputera yang bersekolah di selain daripada sekolah kebangsaan.

“Oleh itu, saya menyeru Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan pengurusan tertinggi MARA agar menarikbalik syarat kemasukan terbaru.

“Dan membuka ruang yang inklusif supaya pelajar pelbagai aliran seperti SJKC, SJKT, SABK dan SRAI mendapat akses kemasukan ke MRSM.


“Tindakan ini adalah selari dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang disebut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru baru ini,” kata Sivamalar.

Beliau menyifatkan syarat tersebut sebagai terburu-buru dan separuh masak sekiranya hanya diperkenalkan bagi menggalakkan lebih ramai pelajar bukan Bumiputera untuk bersekolah di sekolah kebangsaan.

Ini kerana menurut beliau mekanisme seperti meningkatkan mutu dan kualiti sekolah kebangsaan dari segi fasiliti, integrasi kaum, silibus matapelajaran, pengajaran, pembelajaran, pengajaran bahasa ibunda, tidak diimplementasikan sepenuhnya.

Elemen tersebut jika dilaksanakan dengan baik sudah tentu menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan nombor satu ibu bapa tanpa mengira kaum dan latar sosio ekonomi.

“Sejak tahun 2002, kerajaan juga secara rasmi telah memperuntukkan 10 peratus kuota kemasukan bukan bumiputera ke MRSM.

“Dalam kehangatan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-64, kerajaan mengambil langkah mundur ke belakang dalam menjalin harmoni hubungan antara kaum dan juga latar sosio ekonomi.

“Ia adalah sama sekali bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang meraikan Malaysia yang berbagai kaum. Menafikan hak mereka untuk memasuki MRSM adalah diskriminasi terang terangan yang dilakukan oleh kerajaan,” kata beliau dalam satu kenyataan.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 6-9-2021 12:17 PM
She gotta poin.
Quote Decaffeinated 6-9-2021 12:23 PM
Buat saja MRSM untuk cina/india dari darjah satu dan tutup SJKC/SJKT

Problems solved!

Quote tupai 6-9-2021 12:33 PM
Firstly, hapuskan dulu sekolah jenis kebangsaan.... selagi ada pecahan dr asas pendidikan, selagi tu la akan ada divide
Quote Primadonafera 6-9-2021 12:38 PM
“Tindakan ini adalah selari dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang disebut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru baru ini,”

kata achi yg taknak ke sekolah kebangsaan..

Quote orglama 6-9-2021 12:40 PM
tupai replied at 6-9-2021 12:33 PM
Firstly, hapuskan dulu sekolah jenis kebangsaan.... selagi ada pecahan dr asas pendidikan, selagi tu ...

Aku setuju dgn ini
Quote haznor 6-9-2021 12:43 PM
hapuskan dulu sekolah vernakular/swasta/antarabangsa, then baru boleh duduk semeja nak masuk mrsm / uitm. boleh gitu?
Quote merrissa 6-9-2021 01:02 PM
Primadonafera replied at 6-9-2021 12:38 PM
“Tindakan ini adalah selari dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang disebut Yang Amat Berhormat Pe ...

apa kata buang je bangsa tu

semua malaysia je xleh ke

lepas tu nanti ahli politaik xleh main bangsa2 dah
Quote merrissa 6-9-2021 01:04 PM
selain dari quota bangsa

mrsm ni ada quota org kaya org miskin

tapi

org kaya berapa percent?

org miskin berapa percent ek?


Quote sambaldurian 6-9-2021 01:09 PM
dh nama Maktab Rendah Sains Mara. Mara tu utk sape.ko tau x klu xde sekolah vernakular, dh lama costing utk sekolah vernakular tu boleh bwk ke sekolah kebangsaan utk perkembangan sukan ke ( buat swimming pool ke, padang balapan cantik2) , hired cikgu bahasa 3rd language ke ( boleh buat kelas bahasa thai, mandarin,tamil,arab,france,korea). ha, international la bdk2 Malaysia gitu. xpun costing tu boleh la, buat RMT lg havoc - susu hari2 kt bdk2.
Quote Miss.H 6-9-2021 01:27 PM
Never ending. Setiap tahun mesti ada issue pasal mrsm ni.
Quote rayriff 6-9-2021 01:33 PM
Tutup je sjk tu. Diorang punya bahasa melayu pon level rendah. Dapat A dalam upsr still hancur bahasa melayu. Hapuskan semua sekolah jenis2. Haa pastu bukak la kuota mrsm ke uitm ke kat semua. Bagus je semua campur dari kecik. Bukan asing2. Dalam sekolah rendah tu, ko nak belajar bahasa cina ke agama hindu or agama islam cth nya mintak buat kelas lain. Tapi sek sama. Time pendidikan islam tu yang non muslim gi kelas agama masing2.
Quote Ciktiekus 6-9-2021 01:36 PM
Kau usik skolah org xpe..org usik skolah kau melantun2 ye..
Quote Kerexxx 6-9-2021 01:36 PM
Setuju. Benarkan shj mereka masuk ke mrsm.  Then boleh naikkan level mrsm agar lebih superior dr sbp juga nanti.
Quote bungarose 6-9-2021 01:37 PM
Private school pun tak bley kan
Quote dua_chzy 6-9-2021 01:39 PM
Ramai tak baca part neyh:

Ahli Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat, Sivamalar Genapathy juga mahu perkara sama bagi pelajar lepasan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI).
Quote Kitty_catz 6-9-2021 01:40 PM
haznor replied at 6-9-2021 12:43 PM
hapuskan dulu sekolah vernakular/swasta/antarabangsa, then baru boleh duduk semeja nak masuk mrsm /  ...

vernakular tu je hapus

swasta/ itl tu mmg mak pak bayo, and tak penah dengo ada yg nak masuk emaresem, esp itl school.. syllabus pun tak sama
Quote Kitty_catz 6-9-2021 01:42 PM


apa kata convert je la skolah harian tu jd mrsm.. smua boleh masuk.. abes citer
Quote shernazz 6-9-2021 01:45 PM
Bior la sekolah keba gsaan je boleh masuk mrsm
Korang try la skolah2 lain plak...
Quote Decaffeinated 6-9-2021 01:48 PM
dua_chzy replied at 6-9-2021 01:39 PM
Ramai tak baca part neyh:

baca tapi takmo komen

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.083410 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top