Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan penjelajah Grand Slam Negara Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyerahkan sumbangan kepada keluarga transit di Rumah Ronald McDonald terbaharu di Hospital Tunku Azizah.
Antara disumbangkan termasuk katil ceragem, makanan dan lampin pakai buang dewasa yang diserahkan kepada pengurus rumah transit terbabit iaitu Wan Siti Fikriah Wan Ismail. "Sayu hati saya apabila melihat adik Jannah dan Arisya yang mengidap kanser tahap empat. Saya hanya mampu berdoa agar Allah sembuhkan sakit yang dialami dan meminta agar keluarganya dapat menghadapi dugaan ini dengan cekal," katanya.
|
ADVERTISEMENT